Hari mengundi dah pun hampir tiba, bagaimanapun mesti masih ramai lagi yang belum decide macam mana nak balik kampung kan? Lagi-lagi masa mengundi tu tengah bulan, ada yang tak cukup duit.
Kalau korang ada masalah ni, korang jangan risau sebab beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah bekerjasama untuk menaja perkhidmatan bas percuma untuk sesiapa yang bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor untuk pulang ke kampung dan mengundi.
Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH, Sayangi Kinrara dan Pemuda SKLHA adalah NGO yang terlibat dalam menjayakan “Servis Bas Percuma PRU15” yang bertujuan untuk membawa pengundi dari Puchong ke kampung halaman masing masing.
Antara lapan destinasi yang ditawarkan dari perkhidmatan ini adalah:
- Tangkak – Yong Peng – JB – Pontian
- Muar – Batu Pahat
- Kuantan
- Penang
- Ipoh – Taiping
- Alor Setar
- Kota Bharu
- Kuala Terengganu
Untuk pengetahuan korang, bas ini akan bertolak pada 18 November jam 8pm dari Dewan Masyarakat BK2, Puchong ke lapan destinasi yang disenaraikan di atas ini.
Manakala perjalanan pulang ke Puchong dari kampung halaman pula adalah pada 19 November jam 6 petang.
Kalau korang berminat, korang boleh daftarkan diri dekat sini kerana tawaran ini adalah terhad berdasarkan sistem siapa cepat dia dapat dan kekosongan.
Mana-mana orang yang telah berdaftar akan menerima mesej melalui WhatsApp dari pihak penganjur bermula sekarang sehingga 16 Oktober dan korang perlu tunjukkan mesej tersebut sebagai bukti sebelum bergerak.
Jom balik mengundi!
Baca: MAS Tawar 20% Diskaun Untuk Rakyat Malaysia Yang Nak Balik Mengundi