Baru-baru ini telah tular beberapa video di Twitter, menunjukkan seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia telah meluahkan rasa kecewa dan bengang.
Wanita itu difahamkan berasa berang setelah orang ramai bersungguh-sungguh mengucapkan tahniah kepada pihak Imigresen selepas mereka menjalankan operasi untuk membendung pendatang asing yang menyalahi undang-undang di Malaysia.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu mempersoal orang ramai sama ada mereka sanggup untuk melakukan kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan oleh pekerja warga asing.
“Tahniah kepada Imigresen. Tak semua warga asing menyalahi undang-undang, kadang diaorang dah buat permit tapi ejen kena tipu.”
“Kau nak ke kerja bangunan? Kau nak ke kerja korek-korek longkang, kerja panas? Sekarang tu kelapa sawit yang terbengkalai kat Pahang tu kau nak ke buat?” katanya.
Menurutnya, bukan semua warganegara asing menyalahi undang-undang, tapi ada yang bernasib malang kerana ada dalam kalangan mereka yang menjadi mangsa tipu para ejen tidak bertanggungjawab sampaikan mereka terpaksa menanggung kerugian.
Dalam pada itu, melalui sebuah video berasingan wanita itu turut menegaskan agar orang ramai mengenang budi warga asing serta tidak menghukum keburukan seseorang.
“Imigresen pun tak salah, itu memang kerja dia. Yang overstay, yang tak ada passport memang kena tangkap. Saya pun faham, saya 22 tahun di sini saya tahu.”
“Cuma cara tu, dah nampak orang salah. Sudahlah. Tak perlu nampak diri tu gembira sangat. Kenanglah budi orang tu,” katanya.
“Ingat takde ke rakyat tempatan jadi buruh?” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam serta mengkritik tindakan wanita tersebut yang dikatakan seolah-olah terlampau berani memberikan pendapatnya itu yang tidak bertapis.
Sumber: Twitter