Seorang anak sudah tentu ingin membalas jasa kedua ibu bapanya yang telah banyak berkorban sejak kecil lagi. Ia juga bakal menjadi detik terindah apabila anak-anak dapat memberikan senyuman dan kegembiraan kepada kedua-dua orang tua yang disayangi.
Selalunya anak-anak akan membalas jasa ibu bapa dengan pelbagai cara yang tersendiri dan mengikut kemampuan masing-masing. Yela tak semua yang berkemampuan, sekurangnya ada usaha untuk membalas jasa mereka.
Namun, berbeza dengan apa yang berlaku kepada seorang pengguna media sosial yang berkongsi pengalamannya terhadap tingkah laku ibu bapanya sendiri.
Anak kongsi keluhan mak ayah suka ‘pow’ duit lepas tahu dapat bonus kerja
Baru-baru ini tular sebuah hantaran yang telah dikongsikan di Twitter berkenaan individu telah meluahkan keluhannya yang terpaksa menghadap tingkah laku ibu bapanya yang suka meminta-minta untuk beli banyak barang selepas tahu dia meraih bonus kerja.
https://twitter.com/pedoqpop/status/1564221923348819968?s=21&t=WrpQiFYwoBiwvUX_cHVIpA
Menurut hantaran tersebut, individu itu telah menceritakan bahawa dia telah memberitahu kepada ibu bapanya yang dia menerima bonus kerja baru-baru ini. Dia juga telah berkongsi suku daripada bonus tersebut kepada ibu bapanya selain memberi duit belanja setiap bulan.
“I baru dapat bonus. So I bagilah parents 1/4 daripada bonus itu. Every month memang I bagi duit belanja.”
Ibu bapa keterlaluan minta barang sehingga individu tiada simpanan untuk persediaan kahwin
Diceritakan juga bahawa individu tersebut sering diminta-minta oleh ibu bapanya sekiranya dia tahu mengenai bonus kerja itu. Pada awalnya, dia tidak berkira dan membuka sahaja peluang kepada ibu bapanya untuk membelikan barang yang mereka ingini.
“One of the things dia minta memang I nak beli dari dulu untuk dorang. So I don’t mind. Tapi sekarang dia minta belikan banyak barang lagi.”
Dia juga mengatakan bahawa parentsnya juga seringat mengingatkannya supaya tidak lambat memberi duit untuk bulan berikutnya. Lebih membuat individu tersebut terkilan apabila dia tidak mempunyai simpanan kahwin untuk tahun depan.
“Mana ada balance doq kalau I beli semua yang dia minta. I cuma sempat reward diri sendiri beri baju and seluar baru untuk kerja je. Tapi tulah parents kan. I anak sulung.”
Dia juga memberitahu bahawa sekiranya tidak membelikan apa yang dipinta, ibunya akan meninggi suara dan mengatakan individu tersebut tidak mengenang budi.
Individu minta pendapat netizen mengenai masalah ini
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai netizen yang rata-rata daripada mereka banyak yang berkongsi kisah sama yang berlaku kepada diri mereka dan ada juga yang meminta untuk elak memberitahu apa-apa faedah yang kita dapat kepada mereka.
Bagi min, sebagai ibu bapa juga seharusnya memahami situasi anak dan anak juga seharusnya berterus-terang menjelaskan kepada mereka mengenai keadaan kewangan sendiri. Betul tak?