in

Netizen Tuduh Pakai Duit Rakyat Naik Kapal Terbang Mewah, Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

Cats 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial video yang mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri menaiki kapal terbang mewah bersama rombongan Madinah bagi urusan kerajaan.


Video yang dimuat naik semalam di Tiktok oleh pemilik akaun Deeyah88 mendapat hampir 40 ribu tontonan dengan lebih 600 likes dan 220 share menerima pelbagai komen dari netizen yang mendakwa pesawat mewah yang dinaiki itu menggunakan duit rakyat.

@deeyah88

Rakyat sila jaga SOP ye#politiktiktok #politiktok #fypシ #fyp

♬ original sound – Deeyah88 – Deeyah88

 

Penjelasan sebenar

Untuk menepis dakwaan tersebut, Dr. Zulkifli menjelaskan dengan panjang lebar menerusi thread di akaun Twitter miliknya mengenai video yang mengundang pelbagai salah faham dalam kalangan rakyat itu.

Dr. Zulkifli beri penjelasan yang penerbangan beliau ke Madinah menaiki SAUDIA Airlines daripada Kuala Lumpur ke Riyadh sebenarnya diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League) di atas jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, YM Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Gabenor Madinah itu amat sukacita bila dapat tahu yang ada sorang menteri daripada Malaysia berkelulusan Universiti Islam Madinah akan datang ke Madinah atas urusan kerja. So, atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan.

Dr. Zulkifli juga ada beritahu yang segala program dan mesyuarat mengenai haji, umrah dan hal ehwal Islam sepanjang berada di Arab Saudi diatur dan ditaja penuh oleh Liga Muslim Sedunia dan melihat perkara ini sebagai tanda penghormatan kepada kerajaan Malaysia.

Capture 40

“Justeru, kenyataan bahawa saya menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah adalah tidak benar.”

Sebelum mengakhiri thread di Twitter tersebut, dia beritahu yang dia memaafkan tuduhan yang dibuat terhadap dirinya dan sentiasa berdoa untuk kebaikan rakyat Malaysia ketika berada di Arab Saudi.

Sempena bulan Ramadhan ni, elok la kita elakkan sebar cerita yang tak betul dekat orang lain. Lain kali siasat dulu okay. Tak pasti, jangan kongsi. Haa gituu!

 

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

Baca:“Mayat Covid dimuliakan”- Madinah Tempatkan Mayat Pesakit Covid-19 Disamping Makam Keluarga & Para Sahabat Rasulullah

Ghn

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.