Kehidupan di ibu kota tidaklah semudah yang disangka apabila kita melihat kos sara hidup yang agak tinggi dan membebankan sebahagian masyarakat lebih-lebih lagi para bujang yang ingin memulakan kehidupan.
Jadi, perkara pertama apabila tibanya di ibukota tentulah pencarian rumah atau bilik sewa yang berpatutan dengan harga yang diidamkan.
Namun, ia tidak seindah yang disangka apabila tular satu gambar sebuah iklan bilik sewa yang boleh dikatakan tidak masuk akal!
Bilik besar ‘liang lahad’ ditawar sampai RM300!
Hantaran tersebut telah dikongsi di laman Twitter @flwrsxB yang memaparkan sebuah bilik sewa yang boleh dikatakan sebesar liang lahad saja dan disewa sampai RM300 sebulan! Menurutnya, lokasi bilik sewa tersebut di Maluri, Cheras dan dilihat hanya kipas dinding dan tilam sahaja yang disediakan.
“Selamat pagi kecuali owner rumah dekat KL yang sewa bilik macam ni.”
https://twitter.com/flwrsxB/status/1553537954299015168
Description bukan main gah, tapi indah khabar dari rupa
Pengguna Twitter tersebut turut menafikan bahawa description bilik sewa yang dikatakan indah khabar dari rupa dan mempunyai informasi yang salah demi menarik minat orang untuk menyewa.
“Kononnya terpaling dekat dengan LRT, Pavilion, KLCC view mak nyah dia.”
Netizen turut kongsi pengalaman bilik yang sama
Turut mendapat perhatian adalah netizen yang mengecam perbuatan pemilik rumah yang seakan tidak berperikemanusiaan dengan menawar bilik sekecil begitu dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Rupanya boleh lapor pada PBT
Memandangkan hantaran ini mendapat perhatian ramai, ada juga netizen yang berkongsi bahawa rupanya iklan bilik sewa yang kecil ini boleh membuat laporan dan dikemukakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana mengubahsuai rumah tanpa garis panduan yang dibenarkan.
Hal ini memandangkan semua ubahsuai perlu mendapat kebenaran pihak PBT terlebih dahulu. Sebaliknya, pembinaan yang tidak mengikut pelan diluluskan adalah bercanggah dengan seksyen 70 (Akta 133).
“Tak dibenarkan buat bilik kecil macam ni. Kalau terbakar waktu malam, terus bangkit di alam barzakh.”
Apa-apapun pemilik rumah seharusnya bertimbang rasa dengan menyediakan tempat tinggal kepada penyewa dengan harga berpatutan dan kemudahan yang munasabah.
Baca: Bebas Berbogel Di Dalam Rumah, Kriteria Cari ‘Housemate’ Baru Bikin Netizen Geli Hati