in

Netizen M’sia Kongsi Detik Cemas Terkandas di Hatyai, Berjaya Keluar Dari Banjir Selepas Dua Hari Terputus Hubungan

collage 1

Banjir kilat yang melanda Hatyai baru-baru ini telah menimbulkan situasi cemas buat ramai pelancong Malaysia apabila beberapa kawasan di Chana dilaporkan dinaiki air dalam tempoh yang sangat singkat sehingga menutupi laluan utama. Keadaan yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan ramai tidak sempat membuat sebarang persediaan sebelum terkandas di kawasan tersebut.

Selain penutupan jalan, gangguan rangkaian telekomunikasi turut dilaporkan berlaku di beberapa lokasi, menyebabkan pelancong sukar mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan banjir dan keselamatan laluan keluar. Ramai tidak dapat menghubungi keluarga, membuat panggilan kecemasan atau mengakses platform maklumat yang biasanya digunakan sewaktu insiden sebegini.

shrimp5 696x392 1

Dalam satu perkongsian di komuniti Facebook HONOR Malaysia Fans Club, seorang wanita Malaysia menceritakan pengalamannya terkandas bersama beberapa kenderaan lain di sebuah stesen minyak di Chana.

Menurutnya, walaupun kawasan tersebut masih mempunyai bekalan asas seperti makanan, air dan elektrik, mereka langsung tidak mempunyai akses rangkaian. Apa-apa mesej yang dihantar gagal masuk, panggilan tidak dapat dibuat dan mereka bergantung sepenuhnya kepada maklumat daripada penduduk tempatan yang kebetulan lalu di kawasan itu.

Kami di stesen minyak Chana selama dua hari. Di situ langsung tak ada line, tak boleh hubungi sesiapa pun. Walaupun air di Dannok dah surut, kami tak tahu langsung.”

Wanita itu berkata satu-satunya individu dalam kumpulannya yang masih dapat mengakses sedikit data ialah seorang rakan yang menggunakan HONOR Magic7 Pro. Walaupun sambungannya sangat perlahan dan tidak stabil, telefon itu menjadi satu-satunya saluran komunikasi mereka dengan dunia luar untuk menghantar maklumat dan bertanya tentang keadaan laluan.

Nasib baik ada sorang yang guna HONOR Magic7 Pro. Kadang-kadang boleh dapat sedikit data. Kami siap tulis mesej awal-awal dan tunggu data masuk barulah boleh hantar mesej.”

Disebabkan sambungan yang lemah, mereka terpaksa menaip mesej lebih awal sebelum menghantar dan kemudian menunggu sehingga data masuk untuk memastikan mesej tersebut sampai. Walaupun proses itu mengambil masa, komunikasi terhad ini penting untuk mereka memahami situasi sebenar serta mengesahkan arah laluan alternatif.

5713293998E80D6A8716EA345D36C9D1 low 0

Berdasarkan maklumat penduduk tempatan, kumpulan ini akhirnya dimaklumkan mengenai laluan bukit yang masih boleh dilalui dengan selamat. Dengan panduan yang diberikan, sebanyak lima kenderaan Malaysia termasuk kenderaan yang membawa wanita hamil, warga emas dan kanak-kanak berjaya bergerak keluar menuju ke Dannok dengan selamat.

Wanita ini turut menasihatkan pelancong yang bercadang ke Hatyai supaya memantau cuaca, mengenal pasti laluan alternatif dan memastikan mereka mempunyai akses komunikasi mencukupi sekiranya berlaku kecemasan.

Sumber: Facebook

Sumber: NST