in

Netizen Kongsi Pesanan Ringkas Untuk Mahasiswa

Konvo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim konvo dah tiba! Fuhh! Penuh dekat Facebook, Instagram dan Twitter, gambar-gambar siswa siswi yang berkonvo, tak kurang jugak gambar pre-konvo, kemain hebat berposing dengan jubah ye korang semua!


Leading University Convocation
Sumber: grxfia

Tapi… Agak-agak berapa ramai yang masa konvo ni stay dengan family sampai habis majlis konvokesyen berbanding dengan kawan-kawan? Korang yang dah pernah konvo mesti faham kan?

So dekat sini admin nak share sikit perkongsian penagalaman seorang netizen yang dikenali sebagai Izzul sewaktu dia konvo.

Susah nak tolak ajakkan kawan bergambar sekali

“Jom tangkap gambar sekali..”, ayat ni kalau kawan dah ajak, mesti susah nak tolak kan? Nak dijadikan cerita, masa dia melangkah nak tinggalkan family dia untuk bergambar dengan kawan sekelas, masa tu la dia teringat pesanan senior dia.

Menurutnya, tapi sayang sebab ramai yang tak perasan tentang benda ni sebab kononnya nanti lepas konvo dah tak jumpa kawan-kawan dah, sampai lupa family yang bersusah payah datang nak raikan korang dah habis belajar.

Mh 04.1
Sumber: Utusan

Ini 6 perkara yang mungkin terlepas pandang sebab syok bergraduasi

So kat sini admin nak share pesanan yang dimuat naik Izzul di Facebook. 6 perkara yang mungkin korang terlepas pandang sebab terlalu syok untuk bergraduasi.

1. Raikan Mak Ayah

Ingat! Hari konvo adalah hari kita nak raikan orang yang susah payah jaga kita hingga kita graduasi hari ini. Jangan sekalipun sakitkan hati mereka. Jaga baik-baik.

2. Photoshot pre-konvo

Aku cadangkan buat lah photoshot pre-konvo, waktu tu kau nak tangap gambar berjuta-juta keping pun tak kisah. kau nak tonggeng, menyelam dalam air, terjun bangunan sambil tangkap gambar pun boleh. Yang penting time konvo adalah masa untuk kau photoshot dengan family yang tercinta je.

3. Habiskan masa dengan family

Mak ayah kita dari jauh datang nak raikan kita, diorang tak tahu kat mana tandas, kat mana kafe, kat mana surau. Jadi, kitalah sebaik-baiknya yang jadi tukang tunjuk arah. Sebab diorang datang sebab kita. Jadi, kitalah yang patut meraikan mereka.

4. Pakaikan mak ayah jubah dan topi konvo

Actually, Mak ayah kita nak merasa apa yang kita pakai. Kadang diorang tak cakap, tapi hati kecil diorang teringin sangat nak sarung jubah konvo kita.

Buka dan sarunglah jubah konvo kat mak ayah kita, pakaikan topi petak atas kepala mereka. aku jamin, mereka mesti senyum lebar punya.

5. Kedatangan mak ayah adalah sebuah hadiah

Kadang ada yang muncung muka bila mak ayah dia tak mampu bagi sejambak bunga mawar sebagai hadiah, tanpa dia sedar kehadiran mak ayah dia itulah sebagai hadiah. Bersyukurlah.

6. Jangan malu perkenalkan mak ayah.

Bila jumpa kawan-kawan, ataupun pensyarah. Jangan malu nak kenalkan mak ayah kita. Hatta, selekeh macam mana pun pakaian mereka. mereka mampu lahirkan kita untuk bergraduasi pada hari ini. Ingat tu!

So korang yang baru nak konvo tu admin sarankan ikut dan ingat pesanan ni ye! Tahniah dan selamat bergaraduasi semua!

Baca: Pakar Ekonomi Saran Mahasiswa Kerja Part Time Sebagai Tukang Cuci

Page Fe1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.