Tahun ini cukup 60 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan. Dalam tempoh itu malah sejak sebelum merdeka lagi, rakyat berbilang kaum hidup sentosa sungguhpun terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, budaya, perayaan, warna kulit serta kepercayaan.
Pun begitu, disebabkan perbezaan tersebut, ada ketika kita bercanggah pendapat. Tambahan pula apabila ia menyentuh isu sensitiviti agama.
Melalui perkongsian laman Facebook Malaysian Viral Story, pengguna Twitter yang dikenali sebagai 50SofLOL telah menulis sebuah tweet yang mampu mencetuskan perbalahan antara Muslim dan bukan Muslim.
Perkongsian tersebut telah menimbulkan kekecohan di laman Facebook dan rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi yang pelbagai. Namun majoritinya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan 50SofLOL.
Yang paling mengejutkan, respon positif ini kebanyakannya datang dari mereka yang beragama Islam yang menekankan betapa pentingnya untuk kita mengamalkan toleransi sesama kaum. Bukan dengan kutuk-kutuk bangsa lain. Tak bagus tu!
Kan dah kena kecam!
Malah ada juga di antara netizen yang mengesyorkan cadangan win dengan mengajak mereka yang bukan Muslim untuk berbuka bersama-sama mereka yang berpuasa.
Sungguhpun begitu, perkongsian 50SofLOL mungkin berniat sebagai memberi peringatan kepada bukan Muslim untuk memudahkan laluan bagi para Muslim yang berpuasa untuk membeli makanan.
Jadi apa kata kita hentikan perbalahan ini dan sama-sama belajar untuk saling menghormati antara satu sama lain. Kalau tak keberatan, ikut saja nasihat lelaki di atas tu. Tolong order sekali dan berbuka bersama ramai-ramai.
Barulah 1Malaysia!
Baca: Amoi Cantik Bantu Mat Rempit Kemalangan Tepi Jalan Jadi Perbualan Netizen