in

Netizen Dakwa HTAR ‘Kosongkan’ Pesakit di Emergency Department, Tak Tunjuk Situasi Sebenar Kepada PM?

Ed Htar Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dari minggu lepas lagi, ramai sudah memperkatakan tentang keadaan genting yang dialami wad kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang yang mengalami kesulitan seperti kekurangan katil di wad rawatan COVID 19.


Katil kanvas juga dilihat disusun di hadapan wad kecemasan dengan pesakit yang didakwa menghidap COVID 19 terbaring di sana.

Susulan isu tersebut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah membuat lawatan di Bahagian Kecemasan serta Jabatan Forensik HTAR untuk melihat sendiri keadaan semasa di hospital berkenaan.

 

“Bos besar datang lawat ED, dengan magiknya ED jadi kosong hari ni” 

Walau bagaimanapun, page Silent Voters di Facebook telah mendakwa wad kecemasan yang sebelum ini penuh dengan pesakit yang tidur di atas katil kanvas telah dikosongkan dengan serta merta susulan lawatan PM semalam.

217392039 1270277846725497 3635304060216639934 N

Malah screenshot daripada perbualan WhatsApp itu juga mendakwa kesemua pesakit di wad kecemasan telah dipindahkan ke hostel housemen (doktor pelatih) Klang.

One day notice juga dikeluarkan kepada HO ini untuk kosongkan hostel mereka buat penempatan pesakit.

217589519 1270277863392162 8367773551807933515 N

217594185 1270277906725491 4897706220513564402 N

 

“Nak berlakon buat apa. Biarlah dia tengok keadaan tunggang-langgang” 

Perkara yang didedahkan ini jelas-jelas telah menimbulkan rasa marah netizen yang merasakan budaya ‘menyorokkan’ hal sebenar dari pengetahuan PM atau sesiapa saja yang mempunyai jawatan tinggi adalah tidak patut dilakukan lagi.

Malah pemimpin juga sepatutnya turun padang untuk melihat situasi sebenar bagaimana frontliners berjuang setiap hari menyelamatkan pesakit yang dijangkiti COVID 19.

Tunjuk Situasi Sebenar

 

Pengarah HTAR nafi jabatan kecemasan dikosongkan untuk lawatan PM 

Pun begitu, Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi hari ini telah menafikan dakwaan kenyataan yang tular di atas bahawa wad kecemasan ‘dikosongkan’ untuk lawatan PM semalam, lapor Kosmo.

Menurutnya, hal ini kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit. Trend semasa di ETD hospital itu juga menerusi kes harian oleh unit pengurusan katil adalah antara 150 sehingga 180 pesakit.

Pesakit yang masih belum menerima rawatan di ETD pula setakat semalam seramai 117 orang.

Pada 8 Julai lalu, wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan jabatan itu telah dikenalpasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

“Manakala, pada 9 Julai pula, kompleks rawatan harian ( ACC ) telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad sementara merawat pesakit Covid-19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam ruang yang selesa,” katanya.

Kenyataan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang Mengenai Isu yang Sedang Tular di Media Sosial:1. Isu Berkaitan…

Posted by Hospital Tengku Ampuan Rahimah on Tuesday, July 13, 2021

Jelas Zulkarnain, pemindahan pesakit Covid-19 ke ACC adalah pelan kontigensi yang diambil pengurusan bencana peringkat hospital.

Baca: Wanita Kongsi Pengalaman Dimasukkan Ke HTAR, Papar Situasi ‘Wad Tepi Jalan’ Pesakit Terpaksa Tidur Di Luar Bercampur Jantina

Pengalaman Di Htar

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.