Semalam, berlangsungnya Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2025) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang mana menyaksikan kemenangan beberapa selebriti kegemaran ramai yang diundi oleh peminat masing-masing.
Dalam kemeriahan acara anugerah, tular pula satu moment yang boleh dikatakan agak janggal melibatkan pelakon, Sophia Albarakbah dan Bella Astillah di atas pentas.
Sophia terima trofi daripada Bella Astillah?
Tular rakaman video di Threads semalam memaparkan Bella Astillah yang bergandingan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di atas pentas untuk memberi trofi buat pemenang bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat.
Namun tiada siapa menjangka, pemenang bagi kategori tersebut ialah Sophia Albarakbah, yang mana Bella juga kelihatan agak janggal ketika memberikan trofi berkenaan kepada pelakon tersebut.
Sejurus itu difahamkan, Bella dikatakan telah mengelak daripada ditemu bual media apabila tidak muncul di bilik sidang media selepas memenangi kategori Selebriti Couple Goals Terhangat bersama Syed Saddiq.
Insiden berkenaan membuatkan netizen mula berspekulasi bahawa wujud ‘ketegangan’ antara dua selebriti tersebut dan ada juga yang mempersoal pihak stesen TV yang didakwa sengaja mencetuskan kontroversi dengan meminta Bella untuk menyampaikan anugerah bagi kategori berkenaan.
Artikel berkaitan: “Masih berhubung pada 28 Mac lalu” – Sarah Yasmine Dedah Pula Perbualan Antara Aliff Aziz & Sophia Albarakbah
Artikel berkaitan: “Putar belit” – Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Keluar Lepas Aliff Aziz Perform
“Saya tak rasa kena sindir pun”
Dalam pada itu, menurut mStar, Sophia Albarakbah katanya tidak mengambil hati dengan dakwaan netizen yang menganggap suasana di antara dirinya dan Bella Astillah semasa berada di atas pentas seperti dingin dan janggal.
Menurutnya, dia tidak melihat sebarang kejanggalan dalam situasi itu dan sebaliknya lebih fokus terhadap penghargaan yang diterima sebagai Selebriti Feminin Terhangat.
Okay sahaja, sebab saya dalam industri yang sama.
“Bagi saya, saya masih dalam proses memahami kenapa saya yang menang… masih terkejut sebenarnya.
“Saya tak rasa kena sindir pun. Mungkin itu cara dia (Bella) sampaikan anugerah, dan saya bersyukur sangat dapat penghargaan ini,” katanya.
Terdahulu, kedua-dua selebriti ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila Bella mendakwa Sophia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff Aziz sekitar Januari 2023.
Meskipun isu itu sudah berakhir dengan permohonan maaf dari Sophia sendiri yang didedahkan Bella menerusi satu tangkap layar, perkara berkenaan masih lagi menjadi sebutan ramai sehingga kini.