in

“Neraka di dunia” – Ribuan Banduan Penjara Saydnaya Di Syria Akhirnya Dibebaskan

syaz ft 2024 12 10T132850.520

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, negara Syria kini bebas dari peperangan saudara yang tercetus sejak 13 tahun lalu selepas Presiden Bashar al-Assad melarikan diri dari negara itu.

Di Syria, terdapat sebuah penjara dikenali sebagai Penjara Saydnaya yang dikenali sebagai ‘rumah sembelihan manusia’, penjara itu menempatkan beribu-ribu banduan, termasuk tahanan awam dan pemberontak anti-kerajaan serta tahanan politik.


Artikel berkaitan: Berakhirnya Pemerintahan Rejim Assad Selama 5 Dekad, Ini Apa Yang Berlaku Di Syria Sekarang

Artikel berkaitan: “Macam ni pun diorang happy” –  Sukarelawan Malaysia Baik Hati Kongsi Biskut Dengan Pelarian Syria

Pembebasan itu berlaku beberapa jam selepas pemberontak menawan ibu kota berhampiran Damsyik.

Dalam video itu, kelihatan berpuluh-puluh lelaki mula muncul dan ada yang terlalu lemah untuk berjalan sebelum dipapah oleh orang ramai.

Tiada perabot kelihatan di dalam sel mereka kecuali beberapa sarung nipis di atas lantai, pintu berkarat serta dinding berlumuran dengan kotoran.

Dalam pada itu, tular juga video di sayap lain penjara itu, di mana sel wanita turut berjaya dibuka dan beberapa wanita serta kanak-kanak akhirnya dibebaskan.

Menurut laporan France 24, kompleks penjara itu difahamkan mempunyai beberapa lagi tingkat bawah tanah dan banduan yang masih ramai lagi banduan yang masih belum dibebaskan.

Sumber: France 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.