Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar pastinya akan menjadi tumpuan ramai apabila pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia akan bertanding untuk memenangi acara ini.
Terbaharu, laman web rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah membuang nama negara Israel dalam senarai untuk menempah hospitaliti di negara itu. Sebaliknya, mereka hanya meletakkan Palestin sebagai pilihan buat negara itu.
Langkah tersebut ternyata diterima baik oleh ramai pihak, terutamanya penyokong perjuangan Palestin yang menolak keganasan yang dilakukan oleh Israel sejak lama dahulu.
Buat warga Israel yang mahu menempah tiket dan hospitaliti ketika Piala Dunia, mereka perlu memilih wilayah Palestin sebagai negara pilihan. Untuk rekod, laman web tersebut merupakan satu-satunya medium untuk mendapatkan tiket Piala Dunia.
Terdahulu, Israel telah memohon persetujuan FIFA pada Jun lalu untuk membenarkan rakyat mereka membeli tiket kejohanan dan memasuki Qatar. Piala Dunia 2022 di Qatar akan menjadi kali pertama warga Israel diterima masuk ke negara itu.
Israelis will be able to enter Qatar during the FIFA 2022 World Cup event in November.
This will be the first time that Israelis are accepted into Qatar without using a foreign passport.Read more here >>>#Israel | #FIFA | #Qatar2022https://t.co/rMh3T55XbZ
— The Jerusalem Post (@Jerusalem_Post) June 9, 2022
Agak-agak siapa juara Piala Dunia edisi ini?
Kredit: MakanBola
BACA: Qatar Mungkin Akan Rampas Bendera Pelangi Semasa Piala Dunia 2022