Kalau korang mengikuti Instagram pelakon jelita Nora Danish ni, mesti korang akan terbaca komen-komen netizen yang mengatakan pakaiannya terlalu seksi walaupun usia dah makin meningkat.
Memetik laporan dari Utusan, Nora mengatakan dia pelik kenapa imej dirinya sering menjadi sasaran netizen namun mengakui tidak cepat melatah dan menganggap semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.
https://www.instagram.com/p/CeIhpqqriVT/
Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa-apa pun. Saya pun seorang selebriti.
“Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutama peminat. Bagi saya, apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai doa.
“Saya pun kalau boleh tak naklah seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi.”
Selain itu, Nora turut bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa tenang walaupun dirinya sering dikritik oleh netizen.
https://www.instagram.com/p/CdDJOJLLEL9/
Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.
“Jadi dia pun faham selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.
“Saya pun anggap inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama sokong. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif.”
Pun begitu, Nora turut mengakui komen dan teguran dari netizen ini buatkan dia berfikir dua tiga kali sebelum memilih pakaian dan akan cuba untuk kurangkan berkongsi di media sosial.
Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka (netizen) ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu seksi.
“Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil terlalu lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya.”
Betullah apa yang Nora cakap ni, ambil yang positif je lah…
Baca: “Selamba peluk laki org” – ‘Reunion’ Drama Puteri, Ramai Kecewa Tengok Nora Danish Berpelukan