in

“Nasib baik kena sumbat , kalau kena lempang?” – Mulut Disumbat Kulit Durian Lepas Mencuri di Dusun

Kulit Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan dua orang lelaki yang bertindak mencuri durian di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Changkat Jering, Taiping mengundang padah selepas diberkas oleh pemilik dusun sendiri bersama dengan orang kampung, lapor Harian Metro. 


Durian 1

Sebagai balasan dengan tindakan mereka itu, penduduk kampung menyumbat mulut mereka dengan kulit durian sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Durian 2

Kejadian yang berlaku seawal jam 3 pagi itu disedari oleh pemilik dusun yang berusia 69 tahun apabila dia bersama dua orang rakannya pergi ke dusun miliknya untuk mengutip buah durian.

Setelah tiba di tempat kejadian, kelihatan sebuah kenderaan Toyota Hilux dan kelibat dua lelaki mencuri durian sebelum ditangkap dengan bantuan penduduk kampung.

Selepas disiasat, didapati kedua-dua suspek masing berusia 28 dan 30 tahun mengambil kesempatan memasuki kebun penduduk pada awal pagi dan mengutip buah durian yang luruh.

Ketika pemeriksaan dilakukan pada kenderaan suspek, didapati ada raga yang mengandungi 30 durian ditemui yang berharga kira-kira RM500 dan dipercayai dicuri dari dusun pemilik.

Durian

Tangkapan bersama barangan kes dibawa ke Balai Polis Changkat Jering dan suspek direman selama 3 hari sehingga 16 Jun.

Baca : “Siapa monyet siapa manusia ni” – Gara-gara Curi Durian, Manusia Zalim Spray Warna Merah Kat Seluruh Badan Monyet  Ni 

Monyet

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.