in

NASA Kongsi Imej Bumi Dari Angkasa Lepas Pada Tahun 1972 dan 2026

Imej Bumi Dari Misi Artemis Ii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tidak sedar, kita sudah pun memasuki bulan April pada tahun 2026 ini. Tidak lama lagi pula, bulan Jun atau pertengahan tahun pula akan menjelmalkan dirinya. Masa memang sangat cepat berlalu zaman sekarang kan. 

Pihak NASA (National Aeronautics and Space Administration atau Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan hari ini telah berkongsikan dua imej bumi dari tahun 1972 dan imej bumi terbaru pada tahun 2026 dari angkasa lepas.


NASA telah berkongsia dua imej bumi dari dua era yang berbeza itu menerusi akaun X (Twitter) pagi tadi waktu tempatan.

10

Artikel berkaitan: Ini 7 Keajaiban Dunia Purbakala, Hanya 1 Je Yang Masih Wujud Sampai Sekarang

Artikel berkaitan: Menakutkan! Dua Angkasawan ‘Tersangkut’ Di Angkasa Dah Hampir 2 Bulan, Ini Apa Yang Berlaku…

Difahamkan, imej bumi dari angkasa lepas pada tahun 1972 itu telah diambil ketika misi Apollo17 manakala imej bumi pada tahun 2026 itu pula telah diambil oleh kru dari misi Artemis II semalam.

Menurut NASA, kedua-dua imej bumi itu mempunyai perbezaan sebanyak 54 tahun namun satu perkara yang tidak berubah adalah bumi kita dari angkasa lepas tetap kelihatan cantik.

Bak kata orang, same view,  different era. 

Sumber: X NASA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.