in

“Nanti buat tips berjimat ketika melancong ke Jepun” – Sikap Memalukan Orang Malaysia ‘Cut Cost’ Bercuti Ke Jepun

Airbnb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama ini kita selalu nampak orang kongsikan tips-tips melancong ke luar negara dengan cara berjimat, tapi kadang-kadang ia sebenarnya telah mengundang bahaya.


Tips berjimat itu berkemungkinan telah menyimpang sistem pentadbiran mereka, haihh, sudah lah berada di tempat orang sah-sah perbuatan itu boleh memalukan nama negara.

Kena kaji selidik dulu latar belakang negara tersebut, jangan main redah je, nanti tak pasal-pasal kena serbu dengan polis macam kes kat bawah ni.

 

Jangan bawa perangai beruk datang Jepun.

Ada sekumpulan pelancong di Malaysia bercuti di Jepun, mereka buat booking perkhidmatan AirBnB atas nama seorang tapi yang datang check in sampai 9 orang.

Disebabkan itu, tuan empunya tempat penginapan (host) dapat tahu terus halau mereka sampai panggil polis.

Kalau lah tak tahu sekalipun, sepatutnya kena buat kaji selidik pasal tempat tu. Perbuatan macam ni silap-silap buatkan pelancong Malaysia boleh kena banned dan menyukarkan pelancong lain akan datang.

Keratan posting Facebook ini dikongsikan semula di Twitter, dan ianya telah mengundang kemarahan mereka.

“Jangan bawak perangai beruk datang Jepun. Booking AirBnB sorang. Yang datang check-in 9 orang. Padan muka kena halau dengan host. Esok lusa orang Jepun ban orang Malaysia stay kat AirBnb / hotel mereka”

Traveljepun Traveljepun2

Disebabkan kes ini ramai netizen menganggap bahawa golongan sebegini lah yang menjadi dalang dalam kongsikan tips-tips berjimat di luar negara yang selalu kita dapat lihat di media sosial.

 

Patutlah boleh buat thread TIPS JIMAT TRAVEL 5 HARI 4 MALAM DI JEPUN DENGAN HANYA RM354 macam tu – Netizen

Traveljepun6

Traveljepun3 Traveljepun4 Traveljepun5

Hurm, baru je nak ikut satu tips yang orang share ni, tapi bila baca macam tu tak apa lah baik kumpul je duit lagi, biar urusan sana mudah.

 

Baca : 9 Jenis Manusia Tak Boleh Ajak Join Sekali Kalau Nak Pergi Travel

Traveljepun7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.