9 Jenis Manusia Tak Boleh Ajak Join Sekali Kalau Nak Pergi Travel

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sekarang ni macam dah jadi satu trend pulak semua orang nak travel, kan? Mengembara ni memang seronok tambah-tambah kalau kita travel dengan kawan ramai-ramai. Tapi yang tak seronoknya kalau tersalah invite kawan untuk sertai pengembaraan kita tu.

Ni ada beberapa jenis manusia yang memang kita tak boleh ajak join sekali kalau tak nak mati mood masa travel:

 

1. Kuat merungut



Kawan yang macam ni boleh masuk tahap pantang kalau nak ajak dia berjalan ke mana-mana. Dia ni suka sangat merungut dan ada saja benda yang nak dicomplainnya. Jarak berjalan kaki jauh sangat, buat yang tu nanti berpeluh, buat ni nanti letih dan cuaca panas sangat. Ada saja keluhan yang keluar daripada mulut dia. Kalau macam ni bukan cuaca je panas, hati pun boleh panas sekali ni.

Sumber: Giphy

 

2. Terlalu berkira

Jenis manusia yang macam ni boleh buat kita pening nak uruskan pengembaraan. Berkira dia tu boleh sampai tahap menyusahkan semua orang. Kalau dah beli ais 50 sen pun bayarannya nak kongsi dengan tiga orang, macam mana tu? Biasanya orang macam ni kalau hal berkaitan dia memang berkira level 99, tapi kalau orang lain punya dia buat senyap je. Sabar jelah aku.

Sumber: Giphy

 

3. Pentingkan diri

Kalau nak travel dengan kawan-kawan tu tolonglah jangan jadi manusia yang pentingkan diri. Jenis yang macam ni selalunya kalau keluar tu dia ni selalunya nak buat apa yang dia suka je, semua orang kena ikut tak pasal-pasal. Pastu kalau nak pergi mana-mana, laju je dia keluar tak bincang dulu dengan geng. Tengok-tengok kawan dah kena tinggal dalam bilik hotel sorang-sorang. Aduhai!



Sumber: Giphy

 

4. Skema

Orang yang macam ni pun boleh buat kita mati mood bila nak mengembara ramai-ramai. Tujuan mengembara tu untuk tengok dunia luar dan dengan seronoknya explore sama-sama benda baru yang kita jumpa kat tempat baru. Tapi dia ni buat macam haram pulak kalau kita tak ikut sebijik-sebijik itinerari yang kita plan masa awal-awal dulu. Lek la geng.

Sumber: Giphy

 

5. Tak bertolak ansur

Member yang jenis takde sikap tolak ansur ni seeloknya potong terus dia daripada list nama kawan-kawan untuk diajak travel. Kalau pergi mengembara ramai-ramai, tolak ansur ni boleh dikatakan benda yang paling penting lah. Contohnya kalau hari ni korang masak then kawan mandi dulu, tengok-tengok esoknya tu kau jugak yang kena masak and turn mandi kau paling last lagi? Aik macam mana tu?

Sumber: Giphy

 

6. Ikut kepala sendiri



Dah nama pun travel ramai-ramai, tak boleh la ikut kepala dia je kan. Kalau nak buat something tu better bawak berbincang elok-elok kemudian keputusannya tu mestilah ada kata sepakat. Kalau semua orang nak pergi Myeongdong dulu tapi kau nak pergi Itaewon, kena la ikut suara majoriti.

Sumber: Giphy

 

7. Takde common sense

Kalau dah mengembara satu geng ni, mestilah bilik pun kena kongsi ramai-ramai. Bila dah ramai, tidur kat katil tu tak payah nak terlentang sangat, nanti kawan nak tidur mana? Masuk bab simpan kain baju dalam almari pulak, kalau satu almari dah penuh dengan baju dia, baju korang nak letak kat mana? Common sense please gais.

Sumber: Giphy

 

8. Gunakan kawan

Kawan yang macam ni elok gugurkan je nama dia daripada senarai geng travel. Bila nak keluar bilik, barang dia kau kena tolong pegangkan. Bila dia nak beli something, kau jugak yang kena tolong beratur lama-lama. Dia? Seronok je duk jelajah kawasan tunggu kau siap beratur. Semua benda kau kena buat, dia tunggu je perhati dari jauh.

Sumber: Giphy

 

9. Obses dengan ikon traveller

Nak minat someone tu takde masalah. Cuma seeloknya bila nak jadikan orang tu idola biarlah berpada-pada. Kalau sikit-sikit, “Eh jom pergi situ, hari tu Mat pergi situ” ataupun “Minah cakap kalau kita pergi sana, nanti kita boleh jumpa benda tu”, boleh naik rimas orang lain tau.

Sumber: Giphy

Kalau kawan dah mula tak ajak korang travel sama-sama tu, maybe korang ada tergolong dalam jenis orang-orang ni… Ubahlah sikap tu ye. 

Baca: 6 Negara Ideal Untuk Destinasi Percutian Bajet Tidak Diketahui Ramai

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.