in

“Nampak tangan & mata bawah pintu” – Penjawat Awam Ditahan, ‘Kantoi’ Intai Wanita Dalam Tandas Stesen Minyak

Ft Tandas Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang penjawat awam telah ditahan oleh pihak polis gara-gara disyaki mengintai seorang wanita dalam tandas di sebuah stesyen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani pada Rabu lalu.


Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, seorang wanita berusia 34 tahun berada di dalam tandas sebelum terdengar bunyi ketukan pintu yang kuat.

Tandas

 

Nampak tapak tangan & mata bawah pintu tandas

Dia kemudiannya bertanya kepada anaknya yang berusia 4 tahun dan anaknya itu memberitahu ada orang lain masuk ke dalam tandas. Dia kemudiannya ternampak tapak tangan dan mata di bawah ruang pintu tandasnya.

Wanita itu terus keluar dari tandas dan ternampak seorang lelaki lain turut keluar dari tandas bersebelahan sebelum bersemuka dengannya untuk bertanyakan sama ada dia ada mengintai atau tidak. Namun, lelaki itu menafikannya.

Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak stesen minyak dan membuat laporan polis selepas itu.

 

Datang balai polis nak nafikan tuduhan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, suspek yang berusia 36 tahun itu berjaya ditahan pada pukul 5.20 petang semalam ketika dia datang ke balai polis untuk membuat penafian berhubung laporan yang dibuat wanita berkenaan.

Menurutnya, keterangan yang diberikan oleh suspek agak meragukan dan sehubungan dengan itu, lelaki itu ditahan untuk membantu sisatan dan akan direman bermula hari ini.

Feat Tandas Kamera

 

Sakit perut & tandas lelaki berkunci

Suspek tidak mengaku mengintai seperti yang didakwa pengadu tetapi mendakwa masuk ke tandas wanita kerana sakit perut kononnya tandas lelaki berkunci. 

Tambahnya, siasatan terhadap suspek jugak menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Baca: “Benda ni jadi dekat lelaki jugak” – Lelaki Buka Cerita Kena ‘Intai’ Masa Buang Air Dekat Tandas MRT Baca Tandas

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.