in

“Nampak real gila”- [VIDEO] Gadis Sanggup Buat Gambar Kahwin Palsu, Sebab Nak Balas Dendam Pada Ex Boyfriend

Cats 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan bercinta mesti akan ada ‘ups and down’ dia, betul tak? Mungkin kadang-kadang ada berlaku perselisihan faham, trust issues dan sebagainya.



Dugaan dalam percintaan ini tak semua pasangan boleh lalui dengan baik, dan ada juga pasangan yang putus di tengah jalan selepas beberapa kali berlaku perselisihan faham.

Kalau dah break up pula, ada orang yang jenis susah nak move on. Ada sesetengah orang fikir nak lupakan ex lepas bertahun-tahun bersama senang macam petik jari.

Situasi ini juga pernah dilalui oleh seorang wanita selepas dia berpisah dengan bekas kekasihnya sebelum ini.

 

Nak balas dendam

Video yang dikongsikan oleh wanita ini di akaun Tiktok miliknya bernama Sarah Vilard pada 12 Mei lalu telah mendapat lebih 2 juta tontonan menunjukkan dia ‘throwback’ gambar-gambar perkahwinannya yang dikatakan palsu. Kenapa palsu pula?

@sarahvilard

Yup I’m crazy

♬ Gnarls Barkley Crazy Stephen Kramer Glickman – Gustavo Rocque

Sebenarnya, wanita ini nak balas dendam kepada bekas kekasihnya dengan cara memalsukan perkahwinan sendiri. Kononnya biar ex boyfriend dia nampak yang dia sudah bahagia. Sanggup tau beli baju kahwin siap upah photographer lagi untuk ambil gambar kahwin palsu semata-mata.

“Tiba-tiba teringat saya pura-pura kahwin siap buat sesi bergambar untuk balas dendam pada bekas kekasih.”

Ad

 

Tak nampak macam palsu pun

Melihat di ruangan komen, ramai netizen yang kagum dengan kegigihan wanita ini walaupun ada yang cakap dia agak ‘gila’. Bukan itu sahaja, ada juga yang komen cakap gambar kahwin dia itu tak nampak macam palsu langsung, nampak real gila!

Photo6143460296543546731

Photo6143460296543546736

Yang lepas tu biar lah lepas. Tapi apa-apa pun, effort perempuan tu memang terbaik! 

 

Sumber: Sarah Vilard

Baca: “Insecure lah tu…” – Kajian Dedah 80% Rakyat M’sia Selalu Stalk Bekas Kekasih Pasangan, Betul Ke?

Capture 58

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.