in

“Insecure lah tu…” – Kajian Dedah 80% Rakyat M’sia Selalu Stalk Bekas Kekasih Pasangan, Betul Ke?

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasaan cemburu dan insecure tu perkara biasa dalam setiap perhubungan kan? Kadang-kadang tu, benda yang dah lepas dan tak ada kena mengena dengan kita pun boleh dijadikan isu sebabkan perasaan insecure.


Sebab tu macam sesetengah orang, dia lebih memilih untuk tak nak tahu pasal sejarah lepas pasangan dorang sebab tak nak buat benda yang tak ada isu dijadikan isu. Tapi, ada juga orang yang lebih suka tahu semua benda pasal sejarah pasangan dorang termasuk pasal bekas kekasih. Korang yang mana satu?

Baru-baru ini, satu aplikasi temujanji, SweetRing telah membuat tinjauan dengan 500 rakyat Malaysia dan menemui, 82% rakyat Malaysia masih kisah pasal bekas kekasih pasangan, hinggakan dari masa ke semasa, dorang akan luangkan masa untuk stalk media sosial bekas kekasih pasangan. Boleh relate ke tu?

Blog Header 3

Kebanyakan rakyat Malaysia percaya yang bila seseorang tu dah berpisah, dorang memang kena betul-betul buat haluan sendiri dan akan rasa tak selesa kalau kekasih baru dorang masih bercakap dengan bekas kekasih mereka.”

Orang-orang ini juga mengaku yang mereka turut stalk media sosial bekas kekasih pasangan untuk pastikan yang dorang betul-betul dah move on. 

Menariknya, kalau dorang dapat tahu pasangan masih contact lagi dengan bekas kekasih, 61% dari mereka akan rasa insecure dan setengah dari peratusan ini akan pertimbang untuk putus dengan pasangan manakala setengah lagi akan bekerja keras untuk pastikan yang dorang lebih baik.

Jealousy

Berhubung isu masih keep in touch dengan bekas kekasih pasangan, tinjauan ini melaporkan seramai 45% rakyat Malaysia masih bercakap dengan bekas kekasih dan mengatakan yang mereka akan hadir perkahwinan bekas kekasih jika dijemput.

Selain dari itu, orang yang menjawab tinjauan ini juga berkata yang dorang akan bawa pasangan yang sekarang untuk hadir ke perkahwinan bekas kekasih namun lelaki dan perempuan beri reaksi berbeza bila berdepan dengan situasi seperti ini.

Kebanyakan wanita mengatakan yang dorang akan siap cantik-cantik sebelum menghadiri majlis perkahwinan manakala yang lelaki mengatakan dorang akan make sure pasangan sekarang tahu yang dorang bakal hadir ke perkahwinan ex.”

Hahaha korang jenis yang macam mana?

 

Baca: Kajian Menunjukkan Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Kurang Kacak?

Screenshot 2021 04 23 At 4.02.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.