in

“Nampak motor lalu depan rumah pun jadi trauma” – Wanita Kena Samun Depan Rumah Sendiri

Feature Image Samun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar kes orang kena ragut, rompak, samun dan banyak lagi lah jenayah yang berlaku kan. Tapi kali ni, wanita ini kongsi kisah dia kena samun dihadapan rumah sendiri dan dia nampak muka penyamun tu!


Wanita yang menggelarkan dirinya ini sebagai Zaty telah berkongsi pengalaman disamun dihadapan rumahnya sendiri sewaktu nak pergi kerja dilaman Facebook.

Kejadian ini berlaku pada 16 Oktober yang lalu, jam 10 pagi, dan hari rabu.

Wednesday, 10 am, 16th October 2019 – A lil reminder to all of us. Zaty baru je keluar rumah, baru nak pergi kerja. Zaty…

Posted by Nur E'zzati Dayana on Friday, October 18, 2019

Menurutnya dia baru sahaja keluar rumah dan terlihat soerang lelaki yang menaiki motosikal lalu dihadapan kawasan rumahnya. Namun dia tidak mengesyaki apa-apa. Normal lah kan orang lalu-lalang depan rumah.

Biasa la, motor and kereta lalu lalang depan rumah. I never expected this would happened to me.”

Tanpa sedar perkara buruk akan berlaku dia terus sahaja menuju ke kereta dan terus masuk kedalam. Nasib baik dia terus lock kereta tu.

“Lelaki tu tiba-tiba berhenti tepi kereta”

Dia kemudiannya melihat cermin sisi kereta dan ternampak lelaki  itu memusingkan semula motosikal miliknya dan terus berhenti disebelah keretanya.

Tambahnya lagi lelaki itu membawa bersama sebilah parang di bakul motosikalnya dan terus menghentam cermin kereta di bahagian pemandu sehingga pecah.

Kereta Kena Pecah 1
Sumber: facebook

Dia yang pada ketika itu panik dan seperti terkaku tidak mampu untuk melakukan apa-apa walupun menekan hon.

Lelaki berkenaan dengan pantas meletakkan parang yang dibawanya ke leher wanita ini dan mengugutnya supaya memberikan semua barangan peribadinya.

“Bagi je ape yang kau ada!”.

“Ni je yang aku ada.” katanya dalam post itu.

Kejadian ni berakhir apabila ibu kepada wanita ini yang tiba-tiba keluar rumah dan menjerit minta tolong. Namun penyamun itu telah berjaya mendapat beg tangan dan dengan segera terus melarikan diri.

Menurutnya lagi, akibat beg tangannya yang disamun itu dia telah kehilangan beberapa benda penting dan turut menyusahkannya.

“I’ve lost 2 hand phones, purse, ada duit, bank cards, IC, lesen”

Dia turut berkata penyamun itu merupakan seorang yang sangat berani kerana langsung tidak menutup bahagian mukanya dan disebabkan itu wanita ini menjadi trauma.

Wanita ini turut memberi pesanan kepada semua orang diluar sana supaya lebih berhati-hati kerana walaupun dihadapan rumah sendiri masih juga tidak selamat.

Menakutkan lah, korang kalau keluar dari rumah tu tolong lah extra careful

 

Baca: “Takkan rakam and tengok je” – Netizen Kecam Tindakan Orang Ramai Yang Hanya Lihat Lelaki Kena Ragut

Feature Image Ragut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.