in

“Nampak macam takut kucing”- Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Kacau Orang Sampai Terpaksa Berhenti Solat

F4 Oyen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing berwarna oren atau lebih terkenal dengan gelaran oyen sememangnya sinonim dengan kenakalannya. Ada je benda-benda lucu yang si bulus ni buat kan.

Kali ini, viral pula sebuah video di mana seekor kucing telah mengganggu dua individu yang sedang menunaikan solat. Video berkenaan telah tular di beberapa platform media sosial sejak beberapa hari lalu.


Dalam video berkenaan, dapat dilihat yang dua orang lelaki tersebut sedang sujud di sebuah surau dan tiba-tiba, kucing tu datang dan duduk di hadapan mereka berdua. Time tu dua orang tu rilek je lagi dan dorang still solat macam biasa. 

Namun, yang buat orang tu terkejut adalah boleh pulak si bulus tu tiba-tiba terkam kaki salah seorang daripada lelaki tu apabila dia bangun berdiri daripada sujud. Jadi, dia dah tak dapat nak teruskan ibadat sebab si oyen tu dah mula nak main-main dengan kakinya.

Oyen Solat 1

Lelaki itu kemudiannya dilihat berhenti solat dan lari sebab kucing tu dah mula kejar dia. Ramai netizen yang berpendapat bahawa lelaki tu nampak macam takut dengan kucing. Betul jugak tu kan, jangan main-main dengan kucing ni, kalau salah main kang tak pasal-pasal kena cakar. So, lebih baik dia lari je dan solat balik di tempat lain yang selamat. 

Oyen Solat 5

Difahamkan, video itu pada mulanya dikongsikan di TikTok oleh khairul.abdillah yang kemudiannya dikongsikan semula di Twitter txtdrorangsusah dan Facebook Kosmo Online

Sehingga ini, video itu telah ditonton lebih 800 ribu kali di Twitter dan rata-rata netizen terhibur tengok gelagat si oyen ni. Ramai netizen yang kata kucing ni memang suka dekat-dekat dengan orang yang takut dengannya.

Oyen Solat 6

Korang pernah tak mengalami kejadian yang sama jugak macam dorang berdua ni? 

Sumber: Twitter @txtdrorangsusah, Facebook Kosmo Online 

Baca: [VIDEO] Niat Nak Bagi Makan Je, Sekali Oyen Lepak Atas Motor Nak Ikut Balik Rumah, Bila Suruh Turun Dia Marah!

Oyen Solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.