in

“Nampak macam best je” – Perlumbaan Kerusi Pejabat Di Jepun, Pemenang Dapat 90kg Beras!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jepun dan perkara unik berpisah tiada. Kalau sebelum ni kami pernah kongsikan dengan anda senarai ciptaan pelik tapi berguna di Jepun, kali ini kami nak share pula tentang satu perlumbaan unik di negara matahari terbit itu.


Untuk korang yang bekerja di pejabat, mesti familiar dengan kerusi pejabat yang ada roda tu kan. Kerusi beroda ini memang menjadi kegemaran ramai tak kira kanak-kanak atau orang dewasa sebab kita boleh bergerak ke meja sebelah tanpa perlu bangun dari kerusi.

Menurut Reuters, perlumbaan kerusi pejabat ini telah dianjurkan di Jepun bermula pada tahun 2009 di Kyoto. Difahamkan, perlumbaan ini terhasil dari cetusan idea Tsuyoshi Tahara.

Saya terpanggil untuk menganjurkan perlumbaan kerusi ini apabila saya melihat perlumbaan ketahanan roda tiga,” katanya kepada Reuters.

Perlumbaan ini juga dikatakan diinspirasikan daripada perlumbaan ketahanan Le Mans dan Formula One.

Dia kemudiannya menganjurkan perlumbaan ini di jalan raya biasa dan untuk setiap kumpulan, hanya tiga orang peserta dibenarkan. Jadi, kalau korang pun nak join, kena cari dua member yang ngam lah. 

Perlumbaan ini pula berlangsung selama dua jam dan peserta dari setiap kumpulan akan bergilir-gilir dengan rakan sekumpulan untuk berlumba dan mana-mana kumpulan yang berjaya dapatkan pusingan paling banyak di laluan yang panjangnya 200 meter dikira sebagai pemenang.

Walaupun nampak macam senang, namun ia bukanlah semudah yang disangka. Ada roda kerusi yang tercabut dan ada juga peserta yang cedera akibat terjatuh ketika membuat pusingan. Mencabar jugak kan pertandingan ni. 

Untuk pengetahuan semua juga, pemenang pula akan mendapat 90 kilogram beras. Fuh, banyak tu, tiga bulan dorang tak payah beli beras. 

Sumber: Reuters, YouTube Guardian Sport

Baca: The Space Out: Pertandingan Tanpa Buat Apa-Apa Di Korea Selatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.