Seorang rider FoodPanda dilaporkan telah menjadi mangsa langgar lari dalam satu kemalangan yang berlaku di Persiaran Putra Mahkota dekat Putra Heights di Subang Jaya, semalam, lapor Harian Metro.
Difahamkan, mangsa telah dilanggar oleh sebuah Honda Accord bagaimanapun pemandu kereta itu menafikan hal tersebut. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata polis telah menerima laporan dibuat pemilik kereta itu, Seow Yoe Chuen, 30, mengenai penafian itu.
“Menurut lelaki itu, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan adiknya pada 3 petang (semalam) mengatakan tular di media sosial kereta miliknya terbabit kemalangan langgar lari membabitkan motosikal ditunggang penghantar makanan.”
“Lelaki itu kemudian membuat laporan polis memaklumkan dia melihat kemalangan berkenaan, namun menafikan dirinya terbabit.”
Nampak motor terlanggar divider
Yoe mendakwa ketika kejadian dia nampak dengan jelas motosikal ditunggang oleh mangsa terlanggar pembahagi jalan di tengah simpang tiga dan tercampak ke depan.
“Lelaki itu kemudian membuat laporan polis memaklumkan dia melihat kemalangan berkenaan, namun menafikan dirinya terbabit.”
“Pengadu (Yoe Chuen) kemudian memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk membantu mangsa, namun terus beredar dari lokasi untuk membawa anaknya ke klinik selepas melihat orang ramai memberi bantuan kepada mangsa.”
Mangsa kritikal, Accord tak ada kemek
Penunggang motosikal tersebut dikenal pasti sebagai Mohamed Samsudeen Jainudeen berusia 20 tahun dan dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Putrajaya. Pihak polis juga mendapati Honda Accord Yoe tiada kesan kemalangan, calar atau kemek dan siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengesahkan punca kemalangan serta penafiannya.
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222 untuk tindakan lanjut.