in

“Nampak berkopiah jangan sangka dia ‘bersih'” – Majlis AIDS Malaysia Kritik Kenyataan Doktor ‘Influencer’

Doktor Hiv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…


Itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi yang tular baru-baru ini. Di mana seorang doktor yang mempunyai lebih 50K pengikut di laman media sosial Twitter telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengundang kritikan Majlis AIDS Malaysia (MAM).

Twtterdkrt

Doktor yang juga influencer itu mendakwa bahawa orang yang menghidap HIV adalah “kotor” dan menceritakan perbualannya dengan seorang pesakit yang mendakwa telah mendapat virus itu melalui perkongsian jarum picagari.

Dia juga mendakwa bahawa tiada ubat untuk merawat HIV atau AIDS dan ubat tersebut hanya melambatkan penyebaran virus itu dalam badan pesakit.

Thread Twitter mengenai perkara itu telah dipadam oleh doktor tersebut selepas menerima kecaman meluas daripada ahli perubatan serta netizen, ini kerana thread tersebut dilihat tidak beretika dan ia ibarat menghina mereka yang menghidap HIV dan AIDS.

Diana Polekhina Zbsthwt9Vlc Unsplash
Gambar hiasan

MAM juga menyatakan menerusi Focus Malaysia bahawa risiko penularan HIV melalui jarum adalah “sangat jarang” malah tiada kes jangkitan HIV yang didokumenkan sebegitu.

Seorang doktor lain menjelaskan bahawa risiko mendapat HIV melalui kecederaan akibat tertusuk jarum boleh dicegah melalui penggunaan peralatan pelindung diri (PPE) yang betul.

Jaga-jaga bila buat thread di Twitter ya…

Baca: “Setapak adalah lubuk bagi doktor gigi palsu” –  Khairy Jamaluddin

Ft Setapak Port Pergigian Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.