in

“Setapak adalah lubuk bagi doktor gigi palsu” – Khairy Jamaluddin

Ft Setapak Port Pergigian Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti bahawa Setapak merupakan tempat paling banyak menjalankan kegiatan doktor gigi tidak bertauliah (palsu) yang dilihat semakin berleluasa dan aktif mempromosikan perkhidmatan mereka menerusi media sosial.


Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata KKM memandang serius mengenai isu ini dan menerusi Akta Pergigian 2018 yang dikuatkuasakan pada 1 Jan lepas, terdapat 10 serbuan yang telah dilakukan oleh KKM ke atas premis tersebut di seluruh negara setakat ini, lapor Astro Awani

 

“Baru-baru ini, KKM melakukan serbuan di Setapak, Kuala Lumpur dan difahamkan Setapak ini adalah lubuk bagi doktor gigi palsu.”

Kj

Katanya lagi, pihak KKM berharap agar orang ramai mempunyai maklumat mengenai kes ini. Orang ramai boleh mengemukakan maklumat kepada KKM untuk mereka lakukan serbuan.

“Saya beri jaminan sekiranya kita mendapat apa-apa laporan, pihak berkuasa akan terus membuat serbuan.”

Tambah KJ, beliau memberi amaran kepada mana-mana perubatan pergigian haram, jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM 300,000 atau pejara sehingga 6 tahun atau kedua-duanya dibawah Akta Pergigian 2018.

Baca : Doktor Mengucap Panjang Lepas Pak Cik Usia 52 Tahun Dedah Buat Gigi Palsu RM500 Di Hotel

Page Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.