in

Nak Ziarah Bayi Baru Lahir? Elak Lakukan 5 Perkara Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali kita dengar berita ahli keluarga atau kawan kita selamat bersalin, mesti kita excited kan. Selain nak ucap tahniah kepada ibu bapa baru, kita juga taknak lepaskan peluang untuk jumpa baby kan.


Sebelum korang nak pergi ziarah bayi yang baru lahir, ada beberapa perkara yang korang kena ambil peduli. Ada 5 perkara yang korang patut elak untuk keselamatan bayi dan kesejahteraan ibu yang baru melahirkan anak. Korang boleh baca thread @drluqman untuk tahu apa perkara yang wajib elak di bawah.

 

Jangan pegang atau cium

Kadang-kadang tu kita geram tengok bayi baru lahir, tapi kena ingat, jangan pegang, dukung, atau cium.

Sumber: Google Image

Kalau boleh elak untuk cium sebab kita tak tahu kuman apa yang ada pada kita. Lagi-lagi musim pandemik ni kan. Kena berjaga-jaga tau.

 

Jangan kejutkan bayi tidur

Tuhan je tahu macam mana susahnya nak tidurkan bayi yang baru lahir. Jangan kita gata-gatal nak kejutkan dia pulak. Kesian parents yang baru je tidurkan baby tu.

Sumber: Google Image

Bayi baru lahir ni belum develop lagi deria pengelihatan. Kalau main cak-cak dengan dia pun, yang dia nampak banyang-bayang je.

 

Jangan kongsi petua sesuka hati

Tidak dinafikan, ketika seorang ibu sedang berpantang, banyak perkara yang tidak boleh dilakukan macam orang normal. Kalau ibu berpantang tu tak minta atau tanya apa-apa, jangan sibuk-sibuk bagi petua.

Sumber: Google Image

Kalau boleh tu, bagi sokongan moral je. Pulihkan balik semangat dia dan bagi kata-kata motivasi.

 

Jangan ziarah lama-lama dan buat bising

Kadang-kadang tu excited kan, memang kalau boleh nak duduk lama-lama kat rumah tu. Kena beringat juga, ibu yang baru melahirkan anak ini perlukan rehat. Bagi ruang untuk privasi.

Sumber: Google Image

Bagi ruang untuk ibu berehat. Jangan sembang kuat-kuat, nanti ibu tak selesa, baby pulak boleh terjaga. Jangan buat sampai meroyan sebab stress bertambah pulak. Ziarah kejap je cukup.

 

Jangan merokok

Mungkin perkara ni dilakukan oleh perokok sebelum nak pergi menziarah. Kalau dah tahu nak pergi ziarah petang tu, kalau boleh jangan merokok dari pagi.

Sumber: Google Image

Jangan sebab kelalaian kita membuatkan bayi tu jadi tak sihat. Kalau merokok tu, tolonglah jangan datang ziarah. 

Harap semua ambil peduli perkara yang wajib elak ketika ziarah ibu dan anak yang baru lahir. Kalau boleh video call je, senang dan selamat.

 

Baca: Jangan Letak Garam Dalam Makanan Bayi, Ini 3 Sebabnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.