in

Nak Nampak Sempurna Masa Hari Perkahwinan, Wanita Maut Buat Pembedahan Sedut Lemak Di Klinik Tak Berlesen

Coco3

Sekarang ni nak cantik memang mudah, bersepah pusat kecantikan yang berlumba-lumba menawarkan harga yang murah. Pun begitu, ada risiko juga yang perlu ditanggung…

Baru-baru ni, seorang wanita berusia 23 tahun yang merancang untuk berkahwin tahun depan, meninggal lepas membuat pembedahan sedut lemak yang dibuat oleh seorang doktor tanpa lesen di Cheras, Kuala Lumpur.

Mendiang yang dikenali sebagai Coco Siew Zhi Shing ini merancang untuk berkahwin dengan tunangnya di Afrika Selatan tahun depan telah kembali ke Malaysia untuk membuat pembedahan sedut lemak di lengannya sebagai persediaan untuk hari bahagianya nanti.

Abang kepada wanita ini memberitahu Sin Chew Daily yang adiknya telah menemui salon kecantikan ini di Internet dan perlu membayar RM2,500 untuk membuat prosedur tersebut.

122047280 3354778834611759 5687292878360226333 O

Pada 17 Oktober, Siew telah pergi ke salon tersebut untuk mendapatkan rawatan ditemani temannya pada jam 2.30 petang. Untuk membuat pembedahan ini, Siew telah disuntik dengan ubat bius.

Namun, selepas setengah jam, kawan Siew perasan yang doktor tersebut seperti cemas dan kelihatan macam ada masalah semasa pembedahan tersebut.

Tanpa melengahkan masa, kawan Siew telah menghubungi ambulans dan pasukan perubatan cuba selamatkan Siew apabila jantung wanita ini terhenti. Malangnya mereka tak berjaya nak selamatkan wanita ini dan dia diisytiharkan meninggal dunia di hospital pada pukul 5 petang.

21193006 1587625317924249 7510844974451274783 N

Abang Siew mengatakan, sejurus selepas dia menerima berita tentang adiknya, dia telah bergegas ke hospital namun orang salon yang bertanggungjawab tak datang ke hospital sehingga jam 8 malam.

Bila kami tanya banyak kali, barulah orang salon tu bagitahu yang dorang tak ada lesen dan doktor yang jalankan pembedahan pun tak ada lesen perubatan.”

Abang Siew mengatakan yang keluarganya telah pun membuat laporan ke atas salon kecantikan itu dan kini sedang menunggu keputusan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian adiknya itu.

Dalam satu lagi laporan dari China Press, abang Siew memberitahu yang “doktor” tersebut telah pun pergi ke balai polis untuk memberikan kenyataan namun masih belum mengaku bersalah mahu pun meminta maaf.

Salon kecantikan tersebut kini telah pun deactivate akaun mereka di media sosial.

 

Baca: Influencer di China Ini Sanggup Berhabis Lebih RM600k, Jalani Lebih 60 Kali Pembedahan Untuk Nampak Cantik

Screenshot 2020 10 19 At 6.03.06 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook