Pelakon, pengarah dan penerbit, Ahmad Idham meluahkan rasa kesal terhadap pengamal media yang lebih memfokuskan cerita-cerita kontroversi berbanding dengan kebaikan dan sumbangan yang dilakukan oleh seseorang artis itu.
Kenyataan tersebut dinyatakan menerusi Instagram Story miliknya dan ia seperti ada sangkut paut dengan kes penceraian artis yang terjadi baru-baru ini.
Artikel berkaitan : Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Alasan Bercerai, Pemfitnah Fazura Bakal Disaman
Artikel berkaitan : “Daddy will always love you two” – Hantaran Terbaru Fattah Amin Undang Perhatian
Menurutnya, jika ada artis bercerai pasti akan dapat liputan jika nak dibandingkan dengan artis-artis yang bergraduasi.
“Ini lah realiti, artis nak lafaz cerai pun boleh ada live coverage. Artis konvokesyen, jangan kata live, siaran tertunda pun mereka tak minat.”
Sebagai info, pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin pagi tadi hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi prosiding pertama kes perceraian, mereka diwakili peguam masing-masing.
Memetik laporan sumber, ia selepas Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu namun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai penceraian mereka, namun pagi tadi Fazura menepis dakwaan curang seperti mana yang diperkatakan oleh warganet.
Sumber : Instagram, Harian Metro