Sikap dan perangai bukan-bukan remaja masa kini memang sering menjadi kebimbangan bukan sahaja kepada para ibu bapa malah guru-guru yang mengajar di sekolah. Tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah sudah cukup membuktikan bahawa remaja sekarang makin sakit psikologinya!
Menerusi perkongsian Mohd Fadli Salleh di laman Facebook, dia merasakan kerjaya sebagai guru ini makin terancam apabila pelajar sekolah sudah berani membuat ugutan jikalau mereka ditegah dari melakukan sesuatu.
Berikut apa yang diluahkannya:
“Kami para guru di sekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita ‘blue’ dekat murid-murid. Apatah lagi pada murid sekolah rendah.”
“Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan.”
Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri.”
Sah remaja zaman sekarang makin bukan-bukan sikapnya!
Malah menerusi posting tersebut, dikongsikan Fadli akan aduan dari guru tersebut melalui aplikasi Messenger akan dirinya yang telah diugut untuk dirogol apabila dia menegur perbuatan murid-murid tersebut.
Beraninyaaa!
Menurut Fadli, ugutan seperti ini bukan ugutan yang main-main. Ia juga tidak sama dengan ugutan mencalarkan kereta atau sekadar melawan guru mereka dengan kata-kata seperti budak-budak nakal terdahulu pernah lakukan.
“Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar dari murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?”
Malah terdahulu Fadli juga ada berkongsi sebuah gambar mengenai sekumpulan pelajar lelaki yang menaikkan jari tengah mereka (simbol tidak senonoh) kepada guru yang bertugas. Dan kisah tersebut tidak berakhir di situ saja.
“Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar. Murid itu dengan berang berkata,
“Pantat mana yang tutup kipas ni.”
Amboi mulut… ikut sedap je cakap dekat cikgu macam tu!
Kata Fadli, guru mana yang dapat bersabar jikalau mereka dipanggil dengan nama yang tidak menyenangkan, bermaksud lucah dan biadap sebegitu. Ia tersangatlah kurang ajar!
“Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.
“Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan.”
Sangat tidak adil bukan?
Menurutnya, masalah ini bagaikan tiada berkesudahan. Walau apa jua tindakan guru dalam mendidik anak-anak muda ini, mereka sering dipersalahkan apabila pelajar melaporkan hal tersebut kepada ibu bapa mereka. Balik-balik guru juga dipersalahkan.
Perkara yang menimpa para guru ini membuatkan mereka tawar hati untuk terus menegur dan mendidik.
Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik.”
Tambahnya lagi, bila mana guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan pelajar mereka, maka di situlah saat kehancuran akan bermula. Percayalah!
Perkongsian dari guru ini rata-rata mendapat komen positif netizen yang juga terdiri dari golongan pendidik yang sudah makin lelah dengan sikap remaja dan ibu bapa yang kerap kali menyalahkan guru akan kesalahan yang dilakukan anak mereka.
Renung-renungkanlah dan fikirkan masa depan anak kita semua. Tanpa guru, bagaimana remaja-remaja ini akan menjadi orang yang berguna di kemudian hari.
Baca: Pelajar Hentak Kepala Guru Sedang Solat Dengan Batu Kerana Ingin Mencuri