Macam biasalah, Aliff Syukri tak pernah lekang dengan kontroversi dan isu panas. Terbaru, pengasas kosmetik ni katanya hairan kenapa lagu dia bertajuk Biar Apa Orang Kata tu tak disukai ramai.
Aliff menyatakan rasa pelik dia dekat Instagram post baru-baru ni berkenaan dengan video yang trending di Youtube tu.
Pelik ramai yang dislike?? Nak kata suara I tak sedap… Saya rasa vokal I dah tahap tinggi… trending number 1 in Malaysia.”
https://www.instagram.com/p/BqcJDqYgpoN/
Kata Aliff, dia keluarkan lagu tu khusus untuk mereka yang berasa rendah diri kerana semua orang elok tak kira hitam, pendek, gemuk atau putih. Meskipun bukan video muzik rasmi, tetapi ia dah menjadi nombor 2 trending di Youtube dengan 19,000 likes dan 28,000 dislikes.
Video lagu Biar Apa Orang Kata yang dicipta oleh Edry Abdul Halim tu dah dapat lebih 577,000 ribu tontonan dan menurut Aliff dia berharap ia dapat tingkatkan keyakinan diri para pendengar kerana mempunyai nilai-nilai positif.
Netizen turut tak ketinggalan untuk beri komen di ruangan Instagram post tersebut berkenaan luahan dan rasa hairan Aliff Syukri tu.
“Tak semua orang boleh jadi penyanyi.”
“Tok, vokal tinggi tahap nyanyi dalam toilet tok.”
“Orang tak suka kau, kau kena faham.”
“Lain macam confident, vokal tahap tinggi, Siti Nurhaliza pun tak berani keluar statement macam tu.”
Korang dah dengar ke lagu baru Aliff Syukri? Macam mana? On tak on? Ce komen sikit…
Baca: MV Terbaru Dato’ Aliff Syukri Tayang Rakan Artis, Influencer, Awek Western & Abang Sado Menari