in

“Nak jadi cikgu ke tak?” – Tak Serik, Guru Sekolah Kena Saman Kali Kedua Gara-gara ‘Ponteng Kelas’

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga bekas pelajar dari SMK Taun Gusi di Sabah telah mengeluarkan saman terhadap bekas guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4 mereka kerana gagal hadirkan diri selama lapan bulan.

Bekas pelajar yang kini telah pun berusia 19 tahun, Calvina Angayung, Rusiah Sabhdarin dan Nur Natasha Allisya Hamali telah menamakan guru mereka Mohd Jainal Jamran sebagai defenden pertama dan bekas pengetua Haji Suid Haji Hanapi sebagai defenden kedua, lapor The Borneo Post.


Untuk pengetahuan korang, Mohd Jainal telah ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris tiga kali seminggu dari Januari hingga Oktober 2017 tapi didakwa sering datang lambat dan keluar awal sejak bulan Mac dan bermula bulan Jun, cikgu ini gagal tunjuk batang hidungnya.

Whatsapp Image 2020 12 23 At 1.51.23 Pm

Kami hilang pengajaran selama setahun dan sekiranya kami tak buat aduan kepada pengetua, mungkin kami akan dapat cikgu yang sama lebih lama.”

Walaupun ramai rakan-rakan mereka meminta untuk tiga bekas pelajar ini tak meneruskan saman ini, Calvina, Rusiah dan Natasha merasakan yang mereka bertanggungjawab untuk meneruskan supaya perkara yang sama tak akan berulang kepada pelajar lain.

9Ab8

“Saya gembira dapat buat perkara ini dan tak akan mengalah. Ianya jelas bila guru enggan mengajar, budaya sekolah akan merosot dan lebih ramai pelajar akan bergaduh, langgar peraturan dan ramai pelajar akan tinggalkan kelas dan sekolah, jelas Natasha.

Kalau korang nak tahu, guru yang sama, Jainal dan Suid pernah disaman oleh bekas pelajar Siti Nafirah Siman selepas lelaki ini gagal hadir ke kelas untuk mengajar pada tahun 2015. Walaupun dah banyak aduan yang diberi, tak banyak tindakan yang dibuat untuk mengawal situasi ini hinggakan keseluruhan kelas Nafirah gagal dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

Didakwa, walaupun pernah disaman, Mohd Jainal masih bekerja di sekolah yang sama dan masih tak hadir ke kelas yang sepatutnya.

 

Baca: Murid Nak Saman Cikgu, Guru Besar ‘Back Up’ Sanggup Palsukan Maklumat

Screenshot 2020 12 24 At 5.30.19 Pm

Sumber: 1media

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.