in

“Tu sebab Jepun lebih maju” – Sekolah Di Jepun TIADA Makcik Cleaner, Pelajar Diasuh Bersihkan Kelas & Tandas Sendiri!

Basuh Membersih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kebanyakan daripada kita semua tahu, negara Jepun selalu menjadi contoh sebagai negara yang sangat berdisiplin dan menjaga kebersihan. Kalau sesiapa pernah pergi Jepun, korang mesti terkesima punyalah dengan budaya yang dibawa mereka.


Satu budaya yang sangat dikagumi admin dan juga netizen kat luar sana mengenai Jepun ialah cara mereka mendidik pelajar sekolah menjadi remaja yang sangat bertatatertib. 

 

“Sekolah di Jepun TIADA janitor atau tukang pembersihan?” 

Menerusi tweet viral daripada Pendidik, ia berkongsi beberapa nilai murni yang dilakukan pelajar di Jepun yang antaranya membersihkan kelas, koridor dan tandas tanpa bantuan ‘makcik cleaner’. 

Lagi best, memang semua sekolah di sana tak ada tukang bersih mahupun janitor tau! Siap ada slot dalam jadual kelas untuk membersih lagi.

Jepun 1

D N6J3Fwkaatmnf

D

D N6J1 Wkaakqj8

D N6J14Wkae31A
sumber: twitter

 

“Parents Malaysia: Ingat anak saya ni apa? Kerja jadi acik cleaner ke?” 

Nilai dan perkara-perkara yang diterap sistem pendidikan Jepun terhadap pelajar di sana memang jauh beza betul dengan kat Malaysia kan?

Malah ramai di kalangan netizen yang percaya, kalau perkara macam ni dibuat kat Malaysia… ah makin ramailah cikgu atau kementerian sendiri yang kena saman dengan ibu bapa. Erk! 

Meroyan
sumber: twitter

 

“Dah sampai time kot Malaysia buat perkara yang sama” 

Pendidik
sumber: twitter

So korang sebagai ibu bapa rasa macam mana? Wajar ke anak korang disuruh bersihkan kelas dan tandas di sekolah? Bagi admin, kalau tak ganggu waktu belajar okey je. Tak adalah anak penyegan bila kat rumah kan! Masing-masing dah tahu tugas.

Baca: “Klu dia salah pun perlu ke nak malukan dia?” – Netizen Sebar Result ‘Corot’ Pelajar Dipukul Cikgu. Patut Ke?

Pelajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.