in

Nak Berselfie Bak Spiderman, Pelajar Malaysia Maut Jatuh Balkoni di Taiwan

Page Spidey 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman sekarang, ramai yang sanggup mengambil pelbagai risiko bagi mendapatkan gambar terbaik untuk dimuat naik ke media sosial termasuklah dengan mengabaikan keselamatan diri.


Menurut The Star, semalam seorang pelajar warga Malaysia telah maut terjatuh dari balkoni ketika sedang mengambil selfie dengan berpakaian kostum Spiderman. Lee Yang Hao, telah dijumpai mati pada jam 6 petang di luar bangunan asrama lelaki di Universiti Da Yeh, Taiwan.

Spidey5
gambar hiasan

Menurut Taiwan News, Lee yang berusia 30 tahun telah dijumpai di atas lantai luar bangunan oleh seorang pelajar lain dalam keadaan kepala yang mengalami kecederaan teruk serta pendarahan yang banyak kerana terjatuh dari tingkat lima.

Tenaga pengajar, pihak polis dan paramedik yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa sudah tidak bernyawa walaupun telah berusaha untuk menyelamatkannya.

Spidey6
gambar hiasan

Rakan Lee memberitahu bahawa sebelum kematiannya, mangsa telah memakai kostum Spiderman berwarna hitam dan telah memaklumkan kepadanya untuk pergi mengambil gambar. Walau bagaimanapun, tiada saksi yang berada di tempat kejadian ketika mangsa terjatuh.

Spidey4Blur
gambar hiasan

Ketua Unit Penyiasatan di Precint Yuanlin Jabatan Polis daerah Changhua, Chan Ting-yu, melaporkan bahawa Lee dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil selfie dalam kostum Spiderman dari balkoni asrama tersebut.

Hal ini adalah kerana pihak polis telah menemui telefon bimbitnya dalam keadaan kamera telah diset masa serta dipasang pada tripod. Pihak polis percaya bahawa Lee telah terlepas genggaman atau tergelincir ketika sedang posing di atas bumbung ataupun ketika sedang bergantung di hujung bumbung untuk bergambar.

Spidey3
gambar hiasan

Rakan Lee memberitahu bahawa dia memang seorang yang meminati cosplay terutamanya sebagai Spiderman dan suka memanjat sambil posing dalam pakaian kostum Spiderman.

Dekan Universiti Da Yeh, Huang Chuan-chuan kesal dengan tragedi yang menimpa Lee dan memberitahu bahawa universiti tersebut tidak pernah mempunyai rekod kejadian seperti ini dan mendakwa telah mengharamkan aktiviti berbahaya seperti parkour.

Sementara itu, Universiti Da Yeh telah menghubungi dan memaklumkan kepada keluarga Lee dan akan menguruskan urusan perjalanan mereka ke Taiwan.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Baca: Remaja Cedera Selepas Kepala Dilanggar Kereta Api Ketika Mahu Selfie di Landasan

Spidey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.