Selepas isu Sajat berpakaian seperti wanita di Tanah Suci tular di media sosial, agensi umrah yang menguruskan perjalanan keluarga usahawan kosmetik ini dan beberapa portal mengatakan yang Sajat telah di bawa keluar dari Kota Makkah.
Namun, seorang jemaah Malaysia telah memuat naik gambar Sajat sedang khusyuk berdoa di dalam Masjidil Haram di Facebook dan mendakwa media sengaja tipu bagi menutup cerita sebenar.
Masalahnya Didie jumpa dia tengah kusyuk berdoa depan pintu Multazam… Share and share… Viralkan… Tipu!!!”
Manakala penceramah bebas, PU Amin di Instagramnya turut mengesahkan yang ramai jemaah umrahnya terserempak Sajat dan kawan-kawannya ketika membuat ibadat saie dan mengatakan Sajat masih berpakaian seperti wanita.
https://www.instagram.com/p/B8G9vzxHSUU/
Tambah PU Amin lagi, berita mengenai Sajat ditangkap mahu pun dah keluar dari Kota Mekah adalah tak benar dan dia menasihatkan agar jemaah di Masjidil Haram untuk menjaga aurat.
Sebahagian jemaah umrah disini ada buat report pada pihak polis tadi. Wallahualam.”
“Nak beribadat ke nak gosip”
Ekoran dari tularnya gambar Sajat berdoa di Tanah Suci, beberapa netizen turut meluahkan rasa tak puas hati bila ada jemaah yang sanggup nak tularkan gambar Sajat daripada fokus pada ibadah mereka.
Doa je lah yang baik-baik…