in

“Nak bantu je, bukan nak hukum” – [VIDEO] Ketua Kumpulan Tabligh Masjid Sri Petaling Pujuk Jemaah Terlibat Untuk Jalani Pemeriksaan

Combine Tabligh Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini, mengikut laporan daripada akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya (KKM) semalam, wabak Covid-19 telah mencatat 428 kes termasuklah 42 kes yang telah sembuh dan seramai 386 orang masih lagi dirawat. Dilaporkan majoriti kes-kes baharu adalah melibatkan jemaah tabligh yang terlibat di perhimpunaan keagaaman di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.


Oleh itu, menerusi posting di Facebook rasmi Menteri Kesihatan, Dato Seri Dr Adham Baba, ketua kumpulan jemaah tabligh tersebut yang dikenali sebagai Ustaz Mansur ada membuat satu video bagi memujuk kesemua ahli jemaah tabligh yang terlibat untuk membuat saringan sama ada bergejala atau suspek diri terkena kontak yang positif.

Ketua kumpulan tabligh Masjid Sri Petaling tampil pujuk ahli untuk sukarela serah diri di saring jika bergejala atau suspect diri terkena kontak positif.Pihak berkuasa ingin membantu, bukannya ingin menghukum anda. Jangan mangsakan orang lain.

Posted by DR ADHAM BABA on Sunday, March 15, 2020

Dalam video tersebut, Ustaz Mansur menggesa supaya jemaah yang terlibat memberi kerjasama terhadap pihak berkuasa agar tak menimbulkan kerisauan terhadap pihak lain.

Beliau juga mengarahkan kepada yang terlibat untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing untuk mendapatkan bimbingan dan rawatan perubatan.

Pada masa yang sama, semua aktiviti yang boleh menimbulkan kerisauan dan penularan wabak tersebut akan dihentikan serta-merta dan sepanjang tempoh kuarantin Masjid Seri Petaling, tiada jemaah dibenarkan datang atau pun dihantar keluar sehingga keputusan mesyuarat selanjutnya.

Fb2

Fb1 2

Harapnya sesiapa yang ada simptom tu better pergi check cepat

Baca : “Memang suka susahkan orang eh” – Peserta Tabligh Suspek COVID-19 Lari Dari Klinik Kesihatan Seksyen 32 Shah Alam

Covid 4

 

 

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.