in

“My body my choice” – Penduduk Florida Bantah Arahan Mewajibkan Pakai Topeng Muka

X 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“MY BODY. MY CHOICE”

Itulah ayat yang dilaungkan oleh hampir 200 orang penunjuk perasaan di Sanford, Florida selepas pihak berkuasa daerah itu mewajibkan penduduk mereka untuk memakai topeng muka.


Langkah ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga daripada penularan wabak Covid-19 yang masih aktif di negara itu.

Namun, arahan ini tidak diterima baik oleh penduduk Sanford dan mereka bertindak membantah keputusan itu dengan berkumpul dan berarak secara beramai-ramai.

Tidak cukup dengan laungan meminta kebebasan, penunjuk perasaan juga dilihat membawa papan tanda sebagai tanda protes.

Malah, mereka juga berpendapat tindakan memakai topeng tidak akan mampu untuk menghalang seseorang itu daripada dijangkiti virus.

“Tak bermakna jika kerajaan mengeluarkan arahan itu adalah betul dan perlu dituruti. Kami juga ada hak untuk tidak memakai topeng muka”, ujar salah seorang penunjuk perasaan di situ.

Kredit: Spectrum News

 

BACA: “Pakai Bra Pun Boleh” Wanita Jepun Ini Kongsi Cara Buat Topeng Muka Dengan Hanya Tiga Langkah Mudah

Xxx

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.