in

Mutawif Minta Orang Ramai ‘Alert’, Elak Kena Scam Ambil Gambar di Tanah Suci

Mutawif 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita pernah dengar sebelum ini, ada beberapa jemaah haji ataupun umrah yang dikatakan kena scam di tanah suci apabila mereka disuruh membayar sejumlah wang oleh peminta sedekah yang kononnya sakit.


Baru-baru ini, terbongkar satu lagi taktik scam di tanah suci yang mana beberapa individu meminta sejumlah wang selepas ‘membantu’ ambilkan gambar di lokasi lawatan. Video yang tular di TikTok itu dirakam oleh seorang mutawif syarikat pelancongan yang bertugas di sana.

@safarbuddies.com

HATI HATI JEMAAH!! Mereka banyak ambik kesempatan, terutama kepada warga emas. Mereka datang terus letak serban atas kepala lepastu tangkap gambar kita. Kita pun terpinga – pinga. Habis tu dia minta kita Duit. Lepasni Minta Tolong Mutawif ja tangkapkan gambar. hihi . . #umrahvlogs❣️ #umrahmemories #scammermekah #fakephotographer #waspada #jabalrahmah #fyp #fypシ #fypmekah

♬ original sound – Safar Buddies Travel HQ – Safar Buddies Travel HQ

“Hati-hati dengan geng ni”

Dalam video tersebut, beberapa orang lelaki berlegar-legar di satu kawasan sambil memegang serban berwarna merah. Taktik licik ini didakwa dilakukan oleh beberapa orang di lokasi itu yang mana mereka meletakkan serban di atas kepala jemaah secara tiba-tiba.

Sedang jemaah terpinga-pinga dengan apa yang terjadi, orang tersebut akan mengambil  gambar jemaah itu lalu memaksa jemaah menyerahkan sejumlah wang.

Banyak dorang ambil kesempatan di sini. Nanti kalau nak tangkap gambar, minta mutawif sahaja.

Artikel berkaitan: Dijanjikan RM145K Dalam Masa 3 Jam, Abby Abadi Kena ‘Scam’ Dalam Group Telegram

Artikel berkaitan: Scammer Berjaya Ditahan, Sempat Buat Keuntungan RM4.5 Juta Jual Tiket Konsert Coldplay Palsu 

Ramai warga emas yang kena!

Di ruangan kapsyen, syarikat itu berkata orang tersebut selalu mengambil kesempatan kepada warga emas. Mereka juga berpesan supaya para jemaah meminta mutawif sahaja yang ambilkan gambar.

Mereka banyak mengambil kesempatan, terutama kepada warga emas. Mereka datang terus letak serban atas kepala lepastu tangkap gambar kita.

Kita pun terpinga-pinga. Habis tu dia minta kita duit. Lepas ni minta tolong mutawif ja yang tangkapkan gambar.

Di ruangan kapsyen, ada beberapa netizen menceritakan pengalaman yang sama mereka ‘terkena’ taktik scam itu.

Mutawif 1 Mutawif 2

Tak pasal-pasal lesap duit kena scam..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.