in

Murid Tahun 1 Ditemui Dalam Keadaan Cedera Dalam Tandas Sekolah, Dakwa Dipukul Oleh Guru Besar

Kes Pukul Kanak Kanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di Johor telah ditahan oleh polis baru-baru ini setelah seorang murid tahun 1 di sekolah tersebut mendakwa dia telah dipukul oleh guru berkenaan, lapor Berita Harian.

Murid tersebut didakwa telah dipukul oleh cikgu tersebut yang berusia 48 tahun pada Selasa lalu sejurus bapa mangsa membuat laporan polis.


Difahamkan, pada mulanya murid berusia tujuh tahun itu telah ditemui di dalam tandas sekolah tersebut pada waktu pagi dalam keadaan cedera dan trauma.

Polis Pdrm Gambar Hiasan
Gambar sekadar hiasan

Artikel berkaitan : Mengadu Takut Pergi Taska, Ibu Luluh Bila Dapat Tahu Anak Didera Pengasuh

Artikel berkaitan : Kes Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, Ada Yang Salahkan Ibu Bekerja

Guru besar berkenaan walau bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam setelah direman selama tiga hari.

Difahamkan juga, kes ini tular di media sosial selepas seorang individu yang dipercayai merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut telah berkongsi di media sosial mengenai keadaan murid tahun 1 itu ketika ditemui di dalam tandas sekolah.

6 1

Menurut ibu saudara mangsa, kanak-kanak itu pada hari tersebut telah ke sekolah dengan dihantar oleh bapa kanak-kanak itu namun, ibu bapa kanak-kanak itu kemudiannya telah menerima panggilan yang memberitahu anak mereka itu dalam keadaan cedera di tandas sekolah.

Kanak-kanak itu didapati telah mengalami bengkak pada wajah dan  kecederaan pada mulut (berdarah dan luka).

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.