Seorang pelajar Tingkatan Lima yang terpaksa berenang meredah air banjir untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 kini berada dalam keadaan selamat.
Perkara itu disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang yang memaklumkan siasatan mendapati laluan keluar dari rumah pelajar itu dinaiki air dengan sangat cepat menyebabkan mangsa terpaksa meredah air sebelum sempat dibawa ke asrama sekolah pada 29 November lalu.
“Murid itu sekarang ditempatkan di asrama SMK Kuala Lanar, Kuala Lipis dan berada dalam keadaan selamat serta bersedia menduduki peperiksaan bersama-sama calon lain,” tulis kenyataan itu.
Artikel berkaitan: Calon SPM Terima Berita Ayah Meninggal Dunia Lepas Keluar Dewan Peperiksaan, Undang Sebak Netizen
Artikel berkaitan: 900 Pelajar Di Johor Anggap SPM Tak Penting Sebab Boleh Dapat Gaji Besar Di Singapura
Sementara itu, JPN Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menyediakan kemudahan asrama kepada semua pelajar yang berada di kawasan terbabit walaupun mereka tidak tinggal di asrama.
“Langkah ini diambil dengan tujuan memastikan semua calon dapat menduduki peperiksaan SPM tanpa sebarang kesulitan.”
@yusoffpelamindanwiring2 air yg dalam, terpaksa juga redah,jln utama terputus, air banjir, semoga along berjaya dlm exzam spm thn ini… amin🤲🤲 #nk balik asrama terpaksa redah banjir, spm2025
Terdahulu, tular sebuah video seorang pelajar berenang meredah banjir bersama bapanya dengan menolak tong hitam berisi beg sekolah untuk ke asrama.
Difahamkan, mereka terpaksa berbuat demikian kerana kawasan berkenaan tidak boleh diakses oleh bot.
Sumber: Buletin TV3
