in

“Mungkin saya sahaja atlet yang tiada coach” – Jin Wei Luah Sedih Tak Dapat Bawa Jurulatih Ke Olimpik Paris

Jin Wei Tiada Jurulatih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain badminton profesional perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei meluahkan rasa sedih apabila dia terpaksa berjuang pada penampilan sulung di Sukan Olimpik 2024 di Paris tanpa jurulatih Nova Armada di sisinya.

Difahamkan, usaha membawa jurulatihnya ke Olimpik Paris gagal berikutan kuota kad akreditasi yang terhad.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, Jin Wei menyatakan hanya dia seorang sahaja yang tiada jurulatih disisinya pada aksi perlawanannya di Olimpik nanti.

Artikel berkaitan: Lebih 100K ‘Sign’ Petisyen Untuk LZJ & Goh Jin Wei, Dari Singapura & Brazil Pun Ada!

Artikel berkaitan: “Tiada guna rekaan cantik tapi tak bawa pulang emas” – Isu Baju Rasmi Olimpik, Ini Respon CDM

Snapinsta.app 449068960 1147520433348396 8629981091036655178 N 1080

“Saya tidak dapat membawa jurulatih bersama saya kerana kuota kad akreditasi yang terhad. Saya rasa, saya satu-satunya atlet yang datang tanpa jurulatih.

“Selama ini, saya tidak meminta apa-apa dan ini adalah kali pertama saya bersuara. Berharap jurulatih dapat bersama saya di acara paling prestij yang mungkin sekali seumur hidup.

“Saya faham ada perkara yang lebih utama tetapi kenapa saya sahaja yang diketepikan?” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Goh Jin Wei (@jinweigoh)

Walaupun menyedari sukar baginya beraksi tanpa panduan jurulatih dari belakang gelanggang, namun pemain ranking ke-33 dunia itu akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong bersimpati dan juga berharap pihak berkaitan membantu menyelesaikan isu Jin Wei sebelum berlangsungnya temasya sukan ini pada Julai depan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.