in

“Mula membengkak selepas anak lompat di dada” – Lelaki Kongsi Detik Hidap Barah Payudara Tahap 4

Barah4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes satu dalam seribu, tetapi ia memang wujud! Siapa sangka penyakit yang digeruni oleh para wanita juga sebenarnya ada pada lelaki. Dah nampak depan mata sendiri bahawa kaum lelaki juga boleh menghidap barah payudara.


Salah seorang penghidap berumur 42 tahun yang tinggal di Petaling Jaya Selangor, Md Fairul Ab Rahman kini sedang berada di tahap empat menjelaskan gejalanya mula ada sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat dipastikan lagi sehingga doktor mengesahkannya.

 

Saya tidak menjangkakan jadi sebegini tetapi terima ujian ini sebagai takdir tuhan” 

Barah

Menerusi METROTV, bapa kepada enam anak ini disahkan menghidap barah payudara sejak Januari lalu.

Dia menjelaskan, tanda sakit mula timbul apabila payudara belah kanannya mula membengkak dan anggap ia hanyalah satu bisul pada permulaannya.

“Payudara kanan saya mula membengkak selepas salah seorang anak melompat di dada dan saya ingatkan ia bisul.”

Namun, bengkak itu semakin serius hingga nanah pecah dan berdarah selepas anaknya membaling mainan di bahagian dada.

“Akhirnya, bahagian bernanah itu jadi busuk dan pemeriksaan awal mendapati saya menghidap barah sebelum doktor mengesahkan penyakit berkenaan sudah di tahap tiga pada 20 Januari lalu”

 

Barah sudah berada di tahap 4

Barah3

Tiga hari lalu, doktor mengesahkan barahnya kini sudah berada di tahap empat, ia telah membuatkan penyakit itu merebak dengan pantas.

Rasa seperti hendak terjun bangunan sewaktu diberitahu doktor, kelmarin mengenai perkembangan penyakit saya namun cuba tenangkan diri dengan beristighfar.”

Katanya lagi, sejak menghidap barah ini, emosinya sukar dikawal. Ia juga menimbulkan rasa tidak selesa. Malah, ada juga rasa tertekan sehinggakan lepas rasa marah pada anak tanpa sengaja.

” Namun, saya pujuk semula mereka kerana apa yang berlaku bukan salah sesiapa sebaliknya takdir dan ujian Allah buat saya,” katanya

Walau bagaimanapun, Md Fairul bersyukur kerana keluarganya mahupun isteri banyak memberi sokongan termasuk bantuan kewangan sewaktu memerlukan biarpun kini sedang melalui ujian dalam hidupnya.

Isterinya membantu untuk cuci luka pada bahagian payudara di rumah sahaja.

“Dulu, saya ke klinik untuk mencuci luka tetapi kos untuk satu kali cucian saja mencecah RM60. Bagi menjimatkan kos, saya beli sendiri barangan diperlukan di farmasi manakala isteri membantu mencuci luka pada bahagian payudara saya di rumah” 

 

Ganti tempat suami menyara keluarga – Isteri

Barah2

Selain itu,  rutin hariannya kini adalah membantu mencuci luka suaminya ketika di rumah. Memandangkan tiada latar belakang bidang perubatan, dia melakukannya sendiri berdasarkan pemerhatian sahaja.

“Ibarat patah kaki juga kerana sebelum ini, suami yang memandu untuk ke mana-mana tetapi sejak dia sakit, saya perlu berdikari.”

Katanya isterinya lagi, dia masih bersyukur kerana tahu ada lagi orang yang jauh lebih susah dan kurang nasib baik.

“Alhamdulillah, majikan memahami keadaan saya dan ketika ini, biarlah saya berkorban demi suami serta anak,” katanya.

Jika anda ingin menghulurkan sumbangan dan membantu keluarga ini boleh menyumbang menerusi akaun Maybank, Md Fairul Ab Rahman (164258444764).

 

Baca : Kanak-kanak Derita Barah Hati Menangis Mahukan Ibunya Tanpa Ketahui Dia Telah Ditinggalkan

Hati

Sumber: METROTV
Sumber: METROTV
Sumber: METROTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.