in

“Muka dia macam sedih” – Netizen Dakwa Fikry Ibrahim Tak ‘Happy’ Masa Majlis Kahwin Berlangsung?

fikry ibrahim tak happy kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, peminat drama Melayu dikejutkan dengan berita perkahwinan pelakon yang berasal dari Kedah, Fikry Ibrahim dengan pilihan hatinya, Khalizah Alihan dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Jitra.

Berita mengenai pernikahan aktor kacak ini menjadi perbualan ramai apabila tular beberapa keping foto yang dikongsikan oleh jurusolek, Hanie dan juga netizen di TikTok.


476960238 1146456527137484 3308994303960474609 n

476973401 1146456547137482 1305468696238432187 n

476441874 1146456497137487 9131986238961498371 n

Artikel berkaitan: “Tenang hadapi dugaan” – Orang Ramai Terpegun Tengok Reaksi Tenang Fikry Ibrahim Walau Salah Isi Minyak Kereta

Artikel berkaitan: Dr Zulkfli Usik Syed Saddiq Pasal Kahwin, Ajak Orang Muo Beramai Turun Merewang

Wajah Fikry nampak tak gembira? 

Walau bagaimanapun, muncul pula dakwaan daripada netizen yang mengatakan Fikry kelihatan tidak begitu ceria ketika majlis pernikahannya semalam kerana beberapa keping gambar yang memaparkan mimik wajah aktor itu yang tidak tersenyum.

fikry tak happy

Walau bagaimanapun, salah seorang tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan Fikry dan memuat naik video berkenaan aktor tersebut tampil memberikan penjelasan dan menafikan dakwaan mengatakan Fikry tidak gembira di majlis tersebut.

Menurutnya, Fikry selaku pengantin telah menguruskan perkahwinannya sendiri dan tiada sebab perkahwinan tersebut adalah kahwin paksa.

@cikjah24

Fikry dah kahwin❤️ “Moga Allah memberkati perkahwinan ini dan menjadikan anda berdua sebagai pasangan yang saling menyokong dan mencintai dalam setiap langkah hidup.” “Tahniah di atas ikatan suci ini! Moga cinta dan kebahagiaan sentiasa mengiringi langkah-langkah anda berdua.” @Fikry Ibrahim #fyppppppppppppppppppppppp #fikryibrahimoffmarket#fypシ゚

♬ suara asli – Sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Malah individu ini juga menjelaskan bahawa aktor ini tidak membuat sebarang kad jemputan perkahwinan kerana enggan perkahwinannya diketahui media dan ia hanya diadakan untuk keluarga serta teman rapat sahaja.

Relax sis. Jodoh dia, dia yang pilih. Lagipun mereka dah lama kawan. Bukan sehari dua buat keputusan nak kahwin. Dari nikah sampai kenduri Fikry yang urus sendiri ya. Bukan terpaksa rela ya,” katanya dalam satu komen.

muka

Mungkin juga Fikry nervous tu agaknya nak akad nikah kan. Apa-apapun pasangan ini sudah selamat bernikah dan kita doakanlah yang terbaik buat mereka. Selamat pengantin baru! 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.