in

Lokasi Percutian Ini ‘Ban’ Penerima Vaksin COVID-19 Sebab Pemilik Percaya Ia Satu Eksperimen

Blaenaenion

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penularan wabak COVID-19 menyaksikan banyak lokasi yang sebelum ini menjadi tumpuan pengunjung ditutup.


Np File 51959 E1632027736740

Pun begitu, setelah program vaksinasi dijalankan, banyak lokasi-lokasi ini kembali beroperasi tetapi mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Antaranya, adalah dengan hanya membenarkan mereka yang sudah lengkap menerima vaksinasi untuk masuk.

Walau bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan sebuah lokasi percutian ini yang hanya membenarkan mereka yang tak menerima vaksin COVID-19 sahaja datang berkunjung. Aik, terbalik pulak!

1 Blaeneinionjpeg E1632027789381

Blaeneinion merupakan sebuah kawasan percutian mesra alam di Wales, Britain yang digambarkan sebagai projek pemulihan indah di atas tanah berkeluasan 30 hektar di kawasan Artists Valley.

Menurut laman web Blaeneinion, pemiliknya, Sharon Girardi berkata, dia membuat keputusan untuk mengharamkan mereka yang menerima vaksin COVID-19 berkunjung adalah kerana dia mendakwa vaksin terbabit adalah satu eksperimen.

“Dengan rasa berat hati saya membuat keputusan untuk tak mengalu-alukan kedatangan tetamu yang sudah menerima vaksin eksperimental CV19,

“Saya mengambil keputusan ini kerana terdapat banyak laporan mengenai kesan sampingan pada mereka yang tak menerima suntikan dengan hanya menghabiskan masa bersama mereka yan sudah divaksin. Saya bertanggungjawab untuk menjaga keluarga saya, pekerja-pekerja dan sesiapa saja yang datang menginap di sini,” katanya.

Akhir kata, Girardi juga menambah dia sebenarnya kehilangan kata-kata kerana tidak percaya dia berada dalam situasi ini.

 

Ujarnya lagi, mereka yang memilih untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 bersetuju untuk turut serta dalam ujian klinikal. Menurutnya lagi, kesan vaksin terbabit masih belum disahkan mana-mana ahli perubatan profesional.

Meskipun dengan pengumuman polisi terbabit di laman web Blaeneinion, Girardi berkata lokasi percutian itu sudah menerima tempahan penuh sehingga akhir September.

Sumber: Metro UK

Baca: Kes Covid-19 Tengah ‘Mencanak’ & Ribuan Mati Setiap Hari, Selebriti Bollywood Dikecam Pergi Bercuti di Maldives

Ft Indiancelebrity E1632027634298

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.