in

Ms Puiyi Dakwa Diperdaya Bekas Rakan Niaga, Kerugian Dianggarkan Cecah RM4.3 Juta

Ft Ms Puiyi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh, model dan juga pelakon, Siew Pui Yi atau lebih dikenali sebagai Ms Puiyi mendakwa telah ditipu oleh bekas rakan niaganya membabitkan anggaran kerugian mencecah RM 4.3 juta telah memfailkan saman ke atas individu berkenaan baru-baru ini.

Menurut laporan, Ms Puiyi mendakwa lelaki berusia 29 tahun yang juga merupakan bekas ahli lembaga pengarah syarikatnya itu telah memperdayanya untuk menyerahkan wang tersebut bagi menyelesaikan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tahun lalu.


Menurut kenyataan Ms Puiyi, tindakan sivil telah difailkan terhadap individu yang dikenali sebagai ‘Mentos’ kerana telah menipu dan memperdaya dirinya untuk menyerahkan lebih kurang RM 4.3 juta.

Glvp13Abmaemc1T

Tambahnya lagi, individu tersebut telah menipu dan berjanji bahawa dia dapat selesaikan isu cukai pendapatan pempengaruh berkenaan dengan LHDN dan tindakan sivil yang difailkan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan semula jumlah wang yang ditipunya itu.

Menurut sidang media yang diadakan, Ms Puiyi turut mendakwa individu berkenaan telah menyeleweng wang daripada syarikatnya PY Empire Sdn Bhd sejak Jun 2022.

Artikel berkaitan : “Segala bukti rakaman perbualan saya simpan” – Aliff Syukri Tak Takut Saman RM70 juta Bekas Menteri

Artikel berkaitan : 2 Kaki Hilang Sebab Kecuaian Doktor Bedah, Penjawat Awam Tuntut Ganti Rugi RM55 Juta

Dalam masa yang sama, Ms Puiyi mendedahkan dia diperkenalkan dengan lelaki itu melalui seorang rakan pada tahun 2019 sebelum mereka menjadi rakan kongsi perniagaan selain lelaki berkenaan juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah PY Empire Sdn Bhd.

Screenshot 2024 04 22 134305

Menjelaskan kedudukan individu berkenaan dalam syarikat, Ms Puiyi berkata lelaki itu bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal sumber manusia dan melaburkan dana syarikatnya.

Sementara itu, peguam mewakili Ms Puiyi, K Mahendran berkata, kes sivil itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi baru-baru ini dengan menamakan individu yang dikenali sebagai Mentos sebagai defendan.

Menurutnya lagi, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut pada Oktober tahun lalu kerana transaksi pertama pindahan wang itu dibuat di Pulau Pinang.

Sumber : Buletin TV3

Sumber: X
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.