in

“Motorbike tu baru beli” – [VIRAL] Influencer Rusia Maut Kemalangan di Bali, Motor Kawasaki Ninja 250 Terbabas

Bule Rusia

Seorang influencer remaja terkenal Rusia maut selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Bali, Indonesia. Menurut Coconuts, Anastasia Tropitsel yang berusia 18 tahun itu berada di Bali bersama dengan teman lelakinya, Viktor Maydanovich, 30 tahun.

Anastasia1

Pada hari tersebut (21/6/2020), Anastasia dan Viktor bersiar-siar di sekitar pulau Bali, masing-masing menunggang motor berlainan. Ketika berada di Jalan Sunset Road, Seminyak Anastasia yang menunggang Kawasaki Ninja 250 yang baru dibelinya itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

Malangnya, dia meninggal serta merta akibat kecederaan parah di kepala. Video kejadian yang dirakam penduduk setempat menjadi viral di media sosial menunjukkan mayatnya terbaring di tepi jalan dan Viktor yang sedang meratapi pemergian teman wanitanya itu.

Anastasia8

Bule1

Anastasia7

Anastasia merupakan blogger terkenal di Rusia dan bergelar jutawan pada usia 15 tahun selepas berjaya memperoleh pendapatan melalui kejayaannya di internet. Dia juga mempunyai seramai 1.2 juta pengikut di Instagram.

Difahamkan, Anastasia tiba di Bali untuk tujuan mempromosikan Instagram miliknya namun terpaksa tinggal lebih lama dek kerana perintah lockdown akibat Covid-19.

Viktor bagaimanapun menafikan kekasihnya itu memecut laju seperti yang dikatakan ramai sebaliknya hanya menunggang 80-100km/jam tetapi nasibnya malang terlibat dalam kemalangan.

“Anastasia menunggang pada kelajuan 980-100 kilometer sejam di laluan itu, sama seperti yang orang lain lakukan. Dia sentiasa tunggang dengan selamat dan ikut peraturan. Tapi, motosikalnya mula hilang kawalan.”

Anastasia4

Anastasia10

Bule4

Baca: Student Maut Rentung Kena Renjatan Elektrik Masa Tengah Main TikTok

Rentung3

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Kompas
Sumber: The Sun
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram