in

‘Modify’ Ekzos Takkan Buat Motor Jadi Lebih Laju – Bekas Pelumba Negara

Ekzos3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid menegaskan bahawa ubah suai ekzos motor tidak akan membuatkan motosikal bertambah laju, maah tiada kajian yang membuktikannya.


Katanya, hanya modifikasi enjin dan komponen lain sahaja yang boleh menambah kelajuan

 

Sebenarnya modifikasi enjin seperti karburetor dan komponen lain sahaja yang boleh menambah kelajuan, bukan ekzos. Tidak ada kajian yang membuktikan perkara itu.”

Menurutnya lagi, penggunaan  ekzos diubahsuai ini hanya boleh dihadkan seperti untuk tujuan perlumbaan sahaja dan bukan di jalan raya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Pengarah Jabatan dan Penguatkuasaan (Trafik JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, hari ini.

 

Malah, Datuk Azisman Alias meminta agar JSPT membuat perbincangan dengan agensi  lain berhubung penjualan ekzos yang diubahsuai kepada orang awam, apor Harian Metro.

“Ia di luar bidang kuasa JSPT, polis hanya mengambil tindakan penguatkuasaan sahaja. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkuasa mengambil tindakan ke atas kedai yang menjual peralatan ekzos diubahsuai.” 

 

Baca : “Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain” – JSPT ‘Sound’ Foto Viral Cyclist Wanita Bawa Anak

Jspt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.