in

‘Miza Ozawa’ Rayu Hukuman Diringankan, Hakim Suruh Balik Kampung Jaga Anak

Ft Miza Ozawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita yang terlibat dalam aktiviti persundalan, ‘Miza Ozawa’ atau nama sebenarnya Siti Amiza Baharuddin, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 2 bulan oleh Hakim Shahrul Rizal Majid dan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 6 Jun lalu yang mana ia bersama hukuman penjara sebulan sebelum ini.


Artikel berkaitan : “Itu sekadar gambar” – ‘Hot Daddy’ Tampil Pertahan YouTuber, Nafi Buat Video Podcast

Artikel berkaitan : Mufti Kecewa YouTuber Jemput ‘Hot Daddy’, Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Mengikut pertuduhan, Siti Amiza yang kini sedang hamil 6 bulan didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium di Bukit Mahkota, di sini, pada 4 petang, 6 Jun lalu.

Oleh itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Hakim Shahrul Rizal Majid ada memberikan nasihat kepada tertuduh untuk tidak mengikut perasaan dan nafsu. Malah beliau harap tertuduh jadikan kes ini sebagai pengajaran.

2700642

Hakim: Awak asal mana?

Siti Amiza: Saya asal Pulau Pinang.

Hakim: Lepas ini hendak buat buat apa?

Siti Amiza: Saya hendak buka kedai makan dekat KL (Kuala Lumpur) dan mahu jaga anak (dalam kandungan).

Hakim: Kenapa dekat KL, siapa ada? Kenapa tidak di Pulau Pinang?

Siti Amiza: Saya senang cari makan di KL.

Hakim: Family (keluarga) di mana?

Siti Amiza: Pulau Pinang, KL ada kawan.

Hakim: Balik Pulau Pinang… dekat KL tiada saudara mara, kawan tidak boleh pakai… duduk dengan family kalau betul hendak jaga anak.

Siti Amiza: Faham tuan.

Whatsapp Image 2024 06 24 At 2.20.34 Pm

Dalam pada itu, Siti Amiza dalam rayuannya memohon mahkamah untuk meringankan hukumannya agar tidak dipenjarakan.

“Saya mengandung dan insaf perlakuan lama saya, dan mohon dikenakan hukuman denda dan bukan penjara.”

“Saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan terkutuk ini lagi dan mahu memulakan hidup baru, saya mahu menjaga anak ini selepas keguguran anak pertama, saya tidak boleh berada dalam penjara, boleh jadi mental dan tekanan.”

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar memohon mahkamah agar mengenakan hukuman penjara dengan mengambil kira kes kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan membabitkan langganan persundalan.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh tidak bermoral dan boleh meruntuhkan moral masyarakat selain meningkatkan penularan penyakit kelamin.”

Mengikut fakta kes, Siti Amiza itu menggunakan media sosial di bawah nama Miza Ozawa untuk mencari langganan aktiviti persundalan.

Telefon bimbit itu kemudian dirampas dan media sosial dikenal pasti untuk dibuat semakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pegawai penyiasat kes melakukan semakan SKMM dan mendapati tertuduh menggunakan platform Facebook dan Telegram untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, manakala media sosial berdaftar atas nama Siti Amiza Baharuddin.

Minggu lalu, Siti Amiza turut dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.