in

Mirip Dengan Karakter Terkenal Puss in Boots, Kucing Oyen Ini Miliki 600 Ribu Pengikut di IG

F3 Kucing Boots

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda yang pernah menonton filem Shrek mesti familliar dengan watak kucing comel berwarna oren yang dikenali sebagai Puss in Boots kan?


Baru-baru ini pula, ada seekor kucing telah mula mendapat perhatian pencinta haiwan kerana ia ada iras-iras dengan watak movie terbabit.

Memetik laporan Mail Online, kucing yang diberi nama Pisco the cat itu tinggal di New York bersama tuannya. Sehingga kini, ia telah meraih lebih 600 ribu pengikut di Instagram pisco_cat.

Difahamkan, Pisco merupakan seekor kucing jenis Golden British Shorthair dan tuannya juga pernah berkongsikan bahawa ketika mereka mula memelihara Pisco, si bulus itu tidak gemar orang memegangnya.

Namun, lama-kelamaan ia mula jinak dan kini dia gemar dipeluk oleh tuannya. Kucing ini disamakan dengan Puss in Boots kerana ia memiliki sepasang mata comel yang nampak sayu dan bulu berwarna ginger. Kalau kucing macam ni cakar sofa pun tak sampai hati nak marah kan sebab comel betul. 

Kucing Boots 2

Jika ada antara korang yang tak pernah tonton Shrek dan tak tahu menahu tentang karakter Puss in Boots ni, kucing dalam filem itu akan berubah dari manja kepada berani dan ia ada kuasa unik di mana ia akan menggunakan kecomelannya untuk mengalihkan perhatian watak jahat.

Sumber: Mail Online, Instagram @pisco_cat 

Baca: “Bijaknya Kenzo”- [VIDEO] Netizen ‘Impress’ Kucing Ni Pandai Buka Tingkap Tolong Tuannya Terkunci Dari Luar 

Kucing Boots 1

Sumber: Mail Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.