in

“Miracle!” – Terselamat Dari Maut! Kereta F1 Terbelah Dua, Tapi Pemandu Hanya Alami Kecederaan Ringan

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sukan ekstrem seperti Formula One dan MotoGP telah dilengkapkan dengan pelbagai ciri keselamatan, peserta-peserta masih menanggung risiko yang tinggi seperti maut sekiranya berlaku kemalangan.


Begitu juga dengan seorang pemandu Formula 1 (F1) Romain Grosjean yang terlibat dalam kemalangan ngeri semasa dia melakukan pusingan pertamanya di Bahrain GP semalam, lapor Sky Sport.

Kereta F1 yang dipandu Romain semalam telah terpusing ke kanan hingga melanggar penghadang. Dengan kelajuan yang maksima, kemalangan ini telah menyebabkan impak yang sangat kuat hingga kereta yang dinaiki oleh pemandu tersebut terbelah dua!

En 3I7Rxeau5Omj

Bukan sahaja kereta yang dinaikinya itu terbelah dua, malah bahagian depan kereta juga telah terbakar menyebabkan api yang agak marak, tapi tak lama selepas itu, Romain tiba-tiba muncul dari kebakaran sebelum diselamatkan oleh pasukan perubatan berhampiran. Still boleh berdiri dan jalan!

Romain telah dibawa ke Hospital Pasukan Pertahanan Bahrain untuk menerima rawatan dan ajaibnya, Romain hanya alami kecederaan ringan iaitu kebakaran di belakang tangannya dan akan tinggal di hospital semalaman.

Tak cukup dengan itu, imbasan X-ray juga tunjukkan yang pemandu ini tak ada alami tulang retak atau patah.

‘Halo’ selamatkan nyawa saya

Masih mampu tersenyum lebar, Romain kongsikan keadaan dirinya yang masih terlantar di atas katil hospital dengan memuat naik video di Instagram peribadinya.

Dalam video tersebut, Romain telah mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang berada di litar dan juga di hospital. Roman juga telah memberikan kredit kepada alat pelindung kepala di dalam F1 (Halo) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018 dipercayai telah menyelamatkannya.

Hello semua, saya cuma nak cakap yang saya okey… agak okey… Terima kasih untuk semua mesej yang anda berikan. Kalau bukan sebab Halo yang telah diperkenalkan dalam Formula 1, saya tak rasa saya dapat bercakap hari ini.”

 

Baca: “Motor melayang depan muka” – [Video] ‘Luck’ Valentino Rossi, Sejengkal Dari Kemalangan Yang Boleh Membunuh

Screenshot 2020 11 30 At 12.14.43 Pm

Sumber: BBC Sport

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.